Tapai Pulut Hitam Resepi Mudah Sedap Simple Tradisional. Sebelum ini saya pernah dah kongsikan resepi tapai pulut putih, kali ini kita belajar pula cara buat tapai pulut hitam. Memang terbaik pekena dikala hari petang menjelma. Sejuk sejuk manis gitu rasa anak tekak. Resepi tapai pulut hitam ada saya selitkan dekat bawah :

Resepi Tapai Pulut Hitam Recipe
Tapai Pulut Hitam Recipe


Resepi Pulut Hitam Tradisional Warisan Turun Temurun

Bahan untuk resepi tapai pulut hitam sedap :


  1. Satu setengah kilogram beras pulut putih
  2. Setengah kilogram beras pulut hitam bubur
  3. Dua ketul ragi
  4. Daun getah/ Daun maru/ / daun keladi/ daun pisang.


Cara Buat Tapai Pulut Hitam

Cara membuat tapai pulut hitam :


  1. Rendam beras pulut hitam bersama pulut putih semalaman atau lima hingga enam jam
  2. Kukus pulut sampai masak
  3. Selepas pulut masak, tutup api dan biarkan pulut sejuk.
  4. Dah sejuk, ayak sagi guna penapis besi.Balik-balikkan pulut biar semua sebati dengan ragi.

Step akhir,  ambil satu sudu dan masukan ke dalam daun dan peram selama dua belas jam hingga dua puluh empat jam. Siap. Cara nak buat tapai pulut hitam mudah je kan, selamat mencuba semua.