Resepi Ayam Buttermilk Simple Berkuah Sedap Tanpa Cheese. Ambil anak-anak balik dari sekolah pada pukul 1.30 pm. Sampai rumah 1.50 pm dan paling lambat pukul 2.10 pm saya dah siap masak ayam masak buttermilk untuk hidangan makan tengahari. Bukan nak eksyen atau menunjuk terror masak ke apa. Tapi hanya nak maklumkan cara masak ayam buttermillk mudah sangat. Jom ler cuba semua, resepi ayam buttermilk sedap dan mudah ada saya kongsikan dibawah :

Ayam Masak Buttermilk Mudah
Ayam Masak Buttermilk Simple



Resepi Ayam Buttermilk Berkuah Mudah Sedap Ringkas Cepat

Bahan-bahan untuk resepi chicken buttermilk mudah dan sedap :

  1. Ayam ( Potong )
  2. Butter
  3. Daun kari
  4. Bawang putih ( potong halus )
  5. Cili merah ( potong halus )
  6. Tepung Gandum
  7. Susu Cair
  8. Garam
  9. Gula


Cara Buat Ayam Buttermilk

Cara membuat ayam buttermilk :

  1. Gaul ayam dengan garam. 
  2. Selepas itu, goreng ayam dengan butter sampai agak kering dan garing. Asingkan sekejap.
  3. Ambil sedikit butter bekas gorengan ayam tadi serta masukkan ke dalam kuali lain. 
  4. Tumis bawang putih, daun kari, cili merah dan tepung gandum sikit.
  5. Masukkan susu cair 
  6. Tambah air sikit
  7. Masukkan gula dan garam 
  8. Biarkan hingga mendidih
  9. Masukkan ayam yang telah kita goreng tadi


Step akhir, gaul rata dan biarkan kuah pekat. Siap untuk dihidangkan. Resepi ayam masak buttermilk simple je kan, selamat mencuba semua.