Resepi Botok Botok Ikan Tenggiri Sedap Mudah Simple. Hari ini kita belajar cara membuat botok ikan tenggiri dengan seorang kawan dari Johor Bahru. Sedap tau botok botok ikan tenggiri. Saya kenal makanan tradisional botok botok ikan tenggiri masa melancong cuti cuti Malaysia ke Sarawak ketika cuti sekolah bulan lepas. Makan sikit-sikit mana cukup. Ada yang suka gak ke ? Jom saya kongsikan resepi botok- botok johor :

Resepi Botok Botok Ikan Tenggiri
Botok Botok Ikan Tenggiri


Resepi Botok Botok Ikan Kembung Sedap Mudah Simple

Bahan untuk resepi botok-botok ikan tenggiri sedap :

Bahan A : Ikan

  1. Ikan Tenggiri atau Ikan Kembung


Bahan B : Resepi Paste Botok Botok Ikan Tenggiri

  1. Kerisik
  2. Rempah Kari
  3. Asam jawa
  4. Cili kering
  5. Bawang putih
  6. Bawang merah
  7. Gula
  8. Garam

  • Blend dan gaulkan semua bahan di atas sampai sebati
  • Kemudian, hiris daun kesum dan daun kunyit.
  • Gaul rata dan sebati..


Bahan C : Ulam-ulaman


  1. Pucuk labu
  2. Pucuk ubi
  3. Pucuk betik
  4. Daun kaduk
  5. Daun puding
  6. Daun bebuas
  7. Ulam raja
  8. Daun pisang ( untuk bungkus )

Cara Buat Botok Ikan Teri

Cara membuat botok-botok ikan tenggiri :

  1. Layurkan daun pisang 
  2. Selepas itu, alaskan dengan ulam-ulaman yang telah kita sedikan tadi. 
  3. Susun kemas-kemas tau untuk mudah dibungkus kejap lagi.
  4. Letak paste botok ikan tenggiri.
  5. Letak pula ikan.
  6. Bungkus bagi kemas.

Step akhir, kukus selama setengah jam atau sampai masak bergantung kepada pengukus masing -masing.