Resepi Chicken Mango Thai Sedap Dan Mudah Simple.  Tadi encik suami saya masuk dapur, ingatkan buat apalah lama sangat. Rupa-rupanya bersilat sediakan ayam mango untuk santapan diner kami satu keluarga. Katanya sebagai seorang suami mithali, kita harus turun padang sekali sekala demi keharmonian keluarga. Sedap ke tak sedap belakang kira. Saya kongsikan resepi ayam mangga thai yang mudah dan sedap dibawah untuk sesiapa yang ingin merasainya.

Resepi Ayam Mangga Ala Thai
Resepi Ayam Mangga Sedap


Resepi Ayam Mangga Ala Thai Sedap Simple Mudah

Bahan untuk resepi ayam mangga sedap :

  1. Seketul dada ayam - hiris nipis
  2. Sebiji mangga - hiris nipis
  3. Tiga sudu sos thai
  4. Tiga sudu sos plam
  5. Setengah gelas air
  6. Daun ketumbar
  7. Satu biji bawang besar - hiris nipis
  8. Sedikit lada sulah
  9. Sedikit garam
  10. Satu cawan tepung gandum


Cara Buat Ayam Mango

Cara membuat ayam mangga :

  1. Gaul hirisan ayam dengan garam serta lada sulah
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sampai rata.
  3. Goreng ayam sampai garing


Resepi Sos Ayam Mangga

Cara buat sos ayam mangga thai :


  1. Tumis bawang sampai naik bau
  2. Masukkn sos thai,sos plam serta air
  3. Selepas mendidih, masukkan ayam
  4. Masukkan garam
  5. Matikn api dapur  dan masukkan mangga
  6. Gaul sekejap dan siap



Step akhir, taburkn daun ketumbar. Hidangkan atas meja makan untuk santapan semua. Cara membuat ayam mango mudah je kan, selamat mencuba semua.