Resepi Cucur Jagung Manis Lembut Dan Sedap Rangup. Good Morning Semua. Pagi tadi rasa nak makan cucur jagung cucur jagung manis dalam tin yang mudah, sedap, lembut dan gebu. Lepas subuh terus bersilat kat dapur. Masuk kali ini, dah tiga kali saya buat cekodok jagung manis ni. Ketagih sebab sedap sangat cekodok viral ini. Pendek kata, crunchy diluar dan lembut di dalam. Kepada yang nak tahu cara nak buat jemput jemput jagung manis, resepi cucur jagung manis rangup dan lembut ada saya selitkan dekat bawah :
Resepi Cucur Jagung Rangup Dan Lembut Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi cucur jagung lembut sukatan cawan :
- Dua cawan Tepung Beras ( saya guna cap 3 gajah)
- Dua cawan Terpung Gandum ( saya guna Cap Faizah)
- Tiga cawan Air Panas Menggelegak
- Satu tin Jagung Dalam Tin (bukan yang jenis cream tu ya, jangan tersalah beli pulak )
- Satu sudu kecil Baking Soda
- Empat sudu besar Gula
- Secubit Garam
Cara Buat Cucur Jagung Simple
Cara cara membuat cucur jagung manis :
- Campurkan semua bahan kering (tepung gandum, tepung beras, baking soda, gula serta garam)
- Masukan jagung dalam tin. Nak letak banyak mana ikut suka. Lagi banyak lagi sedap. Asal seimbang dengan adunan sudah. (jagung sahaja, buang air dia).
- Kacau sampai rata dan sebati.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau. Sila kurangkan kuantiti air panas jika adunan lembik.Agak agak boleh uli bulat tu dah kira terbaik.
- Dah siap, sapukan minyak masak pada tangan dan gentel bulat adunan.
Step akhir, masukkan minyak masak dalam kuali dan panaskan minyak sampai betul-betul panas. Pastikan semua cucur jagung tenggelam salam minyak semasa proses menggoreng. Selamat mencuba.
> Resepi Cucur Milo Viral Lembut Gebu Sukatan Cawan
> Resepi Cucur Milo Viral Lembut Gebu Sukatan Cawan
0 Comments