Resepi Idli Mudah Sedap Simple Ringkas Sukatan Cawan. Pernah makan idli ataupun turut dikenali sebagai kuih apam india di kalangan masyarakat kita? Saya pertama kali makan masa pergi beraya Hari Deepavali di rumah kenalan india semalam. Sedap tau. Sebelum balik saya suruh dia tulis resepi idli siap-siap untuk saya buat kat rumah. Syukur alhamdulillah menjadi. Yang nak cuba, resepi idli sukatan cawan ada saya kongsikan dekat bawah ya :


Resepi Idli Mudah
Idli Recipe


Resepi Idli Sedap Mudah Simple Asli Original India

Bahan untuk resepi kuih apam india :


  1. Satu setengah cawan beras
  2. Setengah cawan urad dhall atau  kacang ulunthu
  3. Segenggam nasi ( kalau boleh nasi yang sudah sejuk)
  4. Garam secukup rasa


Cara Buat Idli Makanan India

Cara membuat idli india :


  1. Rendam beras dan urad dhall selama tujuh hingga lapan jam
  2. Kemudian, basuh dan kisar semua.
  3. Ketika blend campurkan nasi.
  4. Adunan mesti pekat tau, masa blend jangan tambah air banyak sangat. Adunan tak boleh cair sangat dan tak boleh pekat sangat. Sedang sedang sahaja.
  5. Masukkan garam dan kacau sebati.
  6. Dah siap, perap semalaman pada suhu bilik.Tak perlu simpan dalam peti ais.
  7. Adunan akan kembang pada keesokannya.


Step akhir, masukkan adunan idli ke dalam acuan dan kukus selama lima belas minit atau sampai masak bergantung kepada pengukus masing-masing. Setel. Hidangkan bersama kari ayam. Cara nak buat idli mudah je kan, selamat mencuba semua.