Resepi Indian Coconut Candy Asli Original Tradisional. Teringat kenangan masa sekolah dulu, kawan bangsa india yang saya kenal selalu bagi candy kelapa bila dekat dengan  Hari Deepavali. Rasanya sedap tau. Kepada yang belum kesempatan untuk merasai kenikmatan coconut candy, jangan risau jangan khuatir kerana saya awal-awal dah mintak kawan saya salin resepi candy kelapa dengan mak dia untuk simpan dalam buku resepi saya.


Coconut Candy Recipe
Coconut Candy Recipe


Resepi Coconut Candy India Asli Original Tradisional

Bahan untuk resepi candy kelapa sukatan cawan :


  1. Dua biji kelapa
  2. Satu tin susu pekat
  3. Satu cawan kecil gula
  4. Garam secukup rasa
  5. Tiga helai daun pandan
  6. Pewarna merah
  7. Lima puluh gram butter

Cara Buat Coconut Candy

Cara membuat coconut candy  ;

  1. Masukkan kelapa dalam kuali dan kacau sampai naik bau wangi.
  2. Masukkan susu pekat, gula, daun pandan serta secubit garam
  3. Kacau sampai pekat, masukkan pewarna merah yang telah kita sediakan tadi


Step akhir, masukkan butter dan gaul rata sampai bahan sudah tidak melekat pada kuali..Siap. Cara buat candy kelapa mudah je kan, selamat mencuba semua.