Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan Guna Blender. Sudah dua hari saya buat kek pisang. Semalam punya memang laku keras, tanpa apa apa sedar sedar dah habis. Tekstur lembut dan gebu gitu. Ini semua gara gara saya menjumpai resepi kek pisang viral yang mana resepi kek pisang paling mudah serta paling sedap untuk disediakan. Bagi mereka yang kurang pandai buat kek pun boleh cuba resepi kek pisang mudah yang saya kongsikan ini :

Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Bakar


Resepi Kek Pisang Bakar Mudah Lembut Gebu Simple

Bahan untuk resepi kek pisang guna blender :


Bahan A : Ayak

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu sudu teh soda bikabornat
  3. Satu sudu teh baking powder

  • Ayak semua bahan diatas.

Bahan B : Blender


  1. Lima biji pisang berangan
  2. Tiga biji telur
  3. Tiga per empat cawan gula
  4. Satu minyak
  5. Satu sudu teh shortening


  • Blend semua bahan diatas


Cara Membuat Kek Pisang Bakar

Cara buat kek pisang bakar :


  1. Masukkan bahan ayak ke dalam bahan yang telah kita blender tadi
  2. Kacau atau blend sampai sebati.


Step akhir, tuang ke dalam loyang yang telah di gris guna minyak atau majerin dan bakar pada suhu 170 selama satu jam. Siap untuk di makan.

> Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan Tanpa Telur