Resepi Kimchi Mudah Dan Sedap Halal Simple Ringkas. Ada ke tidak kawan-kawan suka tengok kimchi drama dan makan kimchi macam saya ? Saya paling suka makan kimchi, kalau tiada lauk lain pun takpe asal.dapat nasi panas dengan kimchi pun boleh tambah hingga tiga pinggan. Resepi kimchi untuk awak full movie ada saya kongsikan dibawah ya :
Resepi Kimchi Mudah |
Resepi Kimchi Mudah Dan Sedap Lobak Putih Malaysia
Bahan untuk resepi kimchi halal dan mudah :
Bahan A
- Satu labu bawang putih
- Satu biji bawang besar
- Satu inchi halia
- Setengah biji buah lai
- Blend semua bahan diatas
Bahan B
- Satu paket serbuk cili.( boleh kurangkan atau lebihkan )
- Dua sudu gula
- Lima sudu sos ikan
Bahan C :
- Sebatang lobak merah
- Setengah batang lobak putih
- Satu kat daun bawang
- Potong bahan diatas dalam 2 cm
Bahan D :
- Kubis cina
- Rendam dalam air garam selama dua jam, kemudian basuh sampai bersih dan toskan.
Cara Buat Kimchi Halal Malaysia
Cara buat kimchi halal dan mudah :
- Sediakan bekas yang bersaiz besar agar senang nak gaul semua bahan. Saya guna besen je senang.
- Tuang bahan A
- Masukkan bahan B
- Gaul hingga sebati
- Masukkan bahan C
- Gaul lagi sampai rata dan sebati
- Masukkan bahan D
- Gaul sampai sebati dan siap.
Step akhir, simpan dalam bekas tertutup tapi jangan terlalu penuh kerana kimchi akan mengeluarkan gas setelah diperam. Takut-takut terpelanting pula penutup masa kita nak bukanya nanti. Jika nak cepat masam dan tahan lama, bolehlah peram kimchi pada suhu bilik selama dua hingga tiga hari kemudian masukkan dalam peti ais atau kalau nak simpan dalam peti ais terus pun boleh je. Satu lagi, untuk meningkatkan nikmat makan kimchi, hidangkanlah bersama maggi kari, nasi goreng atau stew kimchi. Cara buat kimchi lobak putih mudah je kan, selamat mencuba semua.
0 Comments