Resepi Kuih Jongkong Utara Asli Original Tradisional. Antara kuih muih tradisional Perak yang paling menjadi kegemaran saya adalah kuih jongkong. Rasanya memang sedap. Yang belum berkesempatan untuk merasai, saya selitkan resepi kuih jongkong pandan mudah dan sedap sukatan cawan :

Resepi Kuih Jongkong Utara
Kuih Jongkong Utara


Resepi Kuih Jongkong Sukatan Cawan Lembut Gebu

Bahan untuk resepi kuih jongkong daun pisang :

  1. Dua cawan tepung beras
  2. Satu sudu besar tepung ubi
  3. Satu sudu teh air kapur makan
  4. Satu cawan santan pekat
  5. Satu cawan air biasa
  6. Satu cawan air daun pndan yang di blender
  • Masak bahan diatas sampai pekat dan kental


Resepi Kuah Kuih Jongkong

Bahan untuk resepi lapisan atas kuih jongkong :

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu cawan santan pekat
  3. Tiga cawan air biasa
  4. Garam secukup rasa
  5. Boleh tambah gula putih
  •  Masak bahan diatas sampai likat cair

Cara Buat Kuih Jongkong

Cara cara membuat kuih jongkong :

  1. Ambil sesenduk adunan kuih jongkong, dan buh dalam daun pisang.
  2. Hiris gula melaka atau gula merah dan letak pada bahagian tengah.
  3. Curah kuah kuih jongkong.
  4. Bungkus kemas guna lidi.

Step akhir, ambil kuih jongkong kukus dalam tempoh masa sepuluh hingga lima belas minit. Siap. Cara buat kue jongkong mudah je kan, selamat mencuba.