Resepi Nugget Ikan Homemade Mudah Sedap Simple Ringkas. Nugget ikan paling sedap dan paling mudah. Tadi ada jiran yang baik hati sedekah ikan, banyak juga. Dari simpan dalam peti ais, baik kita buat nugget untuk budak-budak makan. Lagipun resepi nugget ikan mudah dan simple sangat. Cara buat nugget ikan sendiri dirumah ada saya selitkan dekat bawah ya :
![]() |
Nugget Ikan Homemade |
Resepi Nugget Ikan Homemade
Bahan untuk resepi nugget ikan mudah :
- Ikan ( apa apa jenis ikan pun boleh, saya biasa guna ikan tenggiri dan ikan tuna )
- Satu biji telur ayam
- Sedikit Serbuk lada hitam
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit rempah hilal atau ajinamoto
- Sayur yang telah di potong atau disagat (ikut la nak letak sayur apa, saya letak carrot sahaja )
Cara Buat Nugget Ikan Tuna
Cara membuat nugget ikan tuna :
- Blend semua bahan diatas.
- Kemudian, bentukkan bulat atau petak
- Kalau lekat, golek atas tepung gandum
- Selepas itu, golekkan atas nestum
- Dah siap, kukus selama lima belas minit.
Step akhir, goreng sampai masak guna minyak panas. Siap. Saya suka buat banyak kerana separuh saya makan terus separuh lagi saya frozen kan. Selamat mencuba semua.
0 Comments