Resepi Pengat Roti Kapal Mudah Sedap Simple Ringkas. Orang perak mesti kenal dengan makanan tradisional ni kan ? Bila tiba bulan ramandhan mak selalu masak pengat roti kapal aka bubur roti kapal atau sesetengah orang panggil bubur roti keben sebagai pencuci mulut selepas berbuka puasa. Satu periuk besar sekali mak masak sebab anak-anak dia ramai. Sedapnya tak terkata walaupun resepi pengat roti kapal simple je, lebih-lebih kalau makan secara berjemaah. Banyak topik dan gosip dibincangkan sambil pengat roti kapal masuk mulut.Resepi bubur roti keben ada saya selitkan dibawah :

Resepi Pengat Roti Keben
Resepi Pengat Roti Kapal


Resepi Bubur Roti Kapal Mudah Sedap Cepat Best

Bahan untuk resepi bubur roti kapal sedap  :

  1. Satu paket roti kapal
  2. Gula sikit
  3. Sagu sikit
  4. Santan satu paket kecil
  5. Daun pandan selai

Cara Buat Pengat Roti Kapal

Cara membuat pengat roti kapal :


  1. Sediakan periuk bersaiz sederhana
  2. Isi air separuh periuk
  3. Didihkan air tersebut
  4. Masukkan gula dan daun pandan ( sukatan main agak-agak sahaja )
  5. Masukkan santan
  6. Masukkan roti kapal dan sagu.


Step akhir, biarkan beberapa minit hingga roti kapal lembut. Tapi jangan terlalu lembut pula nanti hancur. Tutup api dapur dan biarkan sejuk seketika sebelum makan.  Cara buat bubur roti kapal mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Pengat Nangka Sagu Sedap Versi Kelantan Asli