Resepi Putu Perak Aroma Tradisi Sukatan Cawan Simple. Orang Perak paling kenal dengan kuih tradisional yang saya buat pagi ini untuk sarapan kami sekeluarga. Kuih putu perak yang lembut, gebu, sedap dan mudah. Tanpa acuan putu piring pun kita boleh buat tau. Gunakan sahaja acuan kue lain yang ada di dapur macam yang saya buat tadi. Janji ikut step by step yang saya tunjukkan nanti. Paling seronok apabila sekejap sahaja di bedal licin oleh si ayah dan anak-anak.Yang tinggal di shah alam, yang tinggal kuala lumpur atau di mana-mana sahaja mungkin boleh cuba buat kuih putu perak homemade lepas Resepi kuih putu piring perak asli ada saya selitkan dibawah ya. Semoga bermanfaat.
Putu Perak Resepi |
Bahan untuk resepi putu perak sukatan cawan :
- Empat cawan tepung beras
- Satu cawan tepung pulut
- Satu cawna air
- Satu cawan gula kastor
- Acuan putu
- Kain kasa atau kain cotton yang telah di potong 4 segi
Cara Kukus Putu Piring |
Bahan B : Inti
- Kelapa parut muda
- Garam secukup rasa
- Gaul bahan inti sampai rata
Cara buat putu perak :
- Campurkan tepung pulut dengan tepung beras. Gaul kasi rata.
- Tuang air dan ramas sampai nampak seperti ketulan-ketulan.
- Blend kering sampai halus dan ayak agar halus. ( jika tak nak blend pun takpe )
- Masukkan gula ke dalam tepung yang kita ayak tadi.
- Gaul hingga sebati.
- Panaskan air kukusan sampai mendidih.
- Ambil acuan putu masuk sedikit dlm acuan.
- Buat lubang pada bahagian tengah
- Masuk inti dan tutup dengan tepung.
- Ratakan atas acuan.
- Ambil kain kasa tutup atas acuan dan telangkupkan pada periuk kukus.
Cara Buat Putu Piring |
Step akhir, kukus selama tiga minit atau sampai masak begantung kepada pengukus masing masing. Siap sedia untuk dihidangkan. Cara membuat kuih putu piring perak mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika tiada halangan, esok lusa kita jumpa lagi ya. Salam.
0 Comments