Resepi Roti Bun Mudah Sukatan Cawan Guna Tepung Gandum. Bun pandan inti kacang merah yang lembut dan gebu menjadi pilihan untuk sarapan famili saya pagi ini. Resepi roti bun manis lembut dan gebu sukatan cawan ada saya tinggalkan dekat bawah :

Resepi Roti Bun Sukatan Cawan
Roti Bun Resepi



Resepi Roti Bun Pandan Sukatan Cawan Lembut Gebu

Bahan untuk resepi roti bun sukatan cawan :

  1. Empat cawan tepung gandum
  2. Satu cawan air suam
  3. Empat sudu besar gula
  4. Satu sudu besar majerin
  5. Satu paket yis 11gm
  6. Dua sudu besar susu pekat
  7. Dua sudu teh baking powder
  8. Satu sudu teh bread improver
  9. Dua sudu teh pandan paste
  10. Dua sudu teh pewarna hijau
  11. Satu biji telur


Cara Buat Roti Bun Mudah

Cara buat roti bun manis ;

  1. Masukkan yis,gula serta susu ke dalam air suam (biarkan  selama lima belas minit)
  2. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan bread improver.
  3. Masukkan telur, pandan  paste serta pewarna ke dalam tepung yang telah kita ayak sebentar tadi.
  4. Gaul sampai sebati 
  5. Selepas itu, masukkan campuran yis tadi ( uli hingga sebati)
  6. Tutup guna tuala bersih selama satu jam.
  7. Setelah sejam, tumbukkan doh untuk keluarkn angin
  8. Bulatkan doh ikut saiz yang kita suka
  9. Masukkan inti ( nak buat kosong camtu je pun boleh )

Step akhir, bakar pada suhu 170c  guna api atas bwh selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap. Cara nak buat roti bun mudah je kan, selamat mencuba semua.

> Resepi Roti Golok Viral Gebu Lembut Sukatan Cawan