Stew Ayam Mudah Resepi Sedap Simple Ringkas Cepat.Baru nak makan tengahari, saya buat stew ayam simple sedap cicah dengan roti benggali. Bekal untuk anak paling bongsu cuma tambah ikan goreng ja Resepi stew ayam mudah dan sedap ada saya selitkan dekat bawah :

Resepi Stew Ayam Mudah
Stew Ayam Mudah


Resepi Stew Ayam Mudah Simple Ringkas Paling Sedap

Bahan untuk resepi stew ayam cendawan :
  1. Setengah ekor ayam
  2. Satu batang lobak
  3. Empat biji kentang
  4. Satu kayu manis
  5. Bunga lawang
  6. Bunga cengkih
  7. Biji lada hitam ( ikut suka nak letak banyak mana )
  8. Lima ulas bawang putih ditumbuk bersama lada hitam
  9. Satu inchi halia
  10. Satu labu bawang besar  ( potong empat )
  11. Satu sudu besar tepung gandum
  12. Dua kiub pati ayam (optional)
  13. Kicap manis
  14. Garam
  15. Daun sup
  16. Cendawan ( optional )


Cara Buat Stew Ayam

Cara Membuat Stew Ayam :

  1. Tumiskan bunga lawang, kayu manis,bunga cengkih dan bahan yang ditumbuk sampai naik bau. 
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau.Masa ni ianya akan berketul-ketul. 
  3. Selepas itu, masukkan air mengikut kepekatan yang kita nak. 
  4. Masukkan ayam, lobak serta bawang besar. Yang nak letak cendawan, letak masa ni.
  5. Saya suka masukkan kentang last sekali kerna kentang akan pekatkan lagi kuah dan cepat empuk.
Step akhir, perasakan dengan kicap manis, garam dan kiub pati ayam. Hiaskan dengan daun sup. Siap. Cara nak masak stew ayam mudah je kan, selamat mencuba.