Resepi Inti Kacang Merah Kuih Pau Sukatan Cawan. Sekarang saya sedang siapkan inti kacang merah untuk dijadikan inti pau goreng. Saya lebih suka buat sendiri inti kacang merah sebab mudah dan simple sangat. Boleh buat banyak sikit. Lagipun, banyak jenis kuih boleh buat kalau ada inti kacang merah misalnya roti, apam solo, apam jepun, kuih moci, kuih koci, kuih ulat bulu dan lain lain lagi yang sewaktu dengannya. Resepi inti kacang merah homemade ada saya selitkan dekat bawah ya :
Inti Kacang Merah Homemade |
Resepi Inti Kacang Merah Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi inti kacang merah untuk roti :
- Dua cawan kacang merah ( Rebus hingga empuk dan blender halus )
- Satu cawan gula
- Setengah cawan minyak
- Setengah gula merah
- Secubit garam
Cara Buat Inti Kacang Merah Sedap
Cara buat inti kacang merah untuk pau :
- Campurkan kacang merah yang telah siap direbus dan di blender dengan bahan-bahan yang lain.
- Kacau sampai kering guna api sederhana.
- Siap.
Step akhir, tunggu sejuk sikit simpan dalam tin atau bekas yang telah kita sediakan sebelum diletakkan ke kuih. Tapi kalau nak letak terus dalam kuih pun boleh je. Cara buat inti kacang merah mudah je kan, selamat mencuba semua.
0 Comments