Resepi Kuih Badak Kelantan Asli Original Tradisional Sedap. Sekali tengok macam donut, dua kali tengok macam kuih keria tapi bukan. Kalau kawan-kawan semua nak tahu, inilah dia kuih badak kelantan yang hanya terdapat di negeri kelantan sahaja. Bukan kuih badak berendam tau. Tempat lain memang jarang sangat nak jumpa kuih badak ni. Sedap sangat tau, lemak lemak manis gitu. Yang belum merasa, jom saya kongsikan resepi kuih badak kelantan tradisional ;

Resepi Kuih Badak Kelantan
Kuih Badak Kelantan


Resepi Kuih Badak Kelantan Original Tradisional Asli Mudah

Bahan untuk resepi kuih badak kelantan sukatan cawan :

  1. Satu cawan kelapa muda ( parut )
  2. Satu cawan tepung pulut
  3. Satu per tiga cawan tepung gandum
  4. Air sikit
  5. Garam sikit

Cara Buat Kuih Badak Kelantan

Cara membuat kuih badak kelantan :

  1. Satukan semua bahan diatas
  2. Uli hingga jadi doh dan tak melekat pada tangan
  3. Bentukkan macam donut


Step akhir, panaskan minyak atas dapur dan goreng sampai masak. Toskan sekejap dan tabur gula yang telah siap diblender dengan sedikit garam.