Resepi Kuih Talam Suji Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Lembut Coklat. Orang masak untuk makan tengahari kita pula siapkan makan petang. Rezeki kami anak beranak hari ini, kuih tradisional orang kita iaitu kuih talam suji yang mudah dan sedap. Awal sikit start masak hari ni sebab petang nanti ada kerja lain yang hendak diselesaikan. Ada yang suka tak makan talam suji sama macam saya ? Resepi talam suji sukatan cawan ada saya sertakan dibawah ;


Talam Suji Sukatan Cawan
Kuih Talam Suji Sukatan Cawan


Resepi Kuih Talam Suji Mudah Sedap Simple Ringkas

Bahan untuk resepi talam suji mudah :

Resepi Kuih Talam Suji Coklat Sukatan Cawan
Resepi Kuih Talam Suji Coklat


Bahan A : Lapisan Bawah


  1. Satu setengah cawan tepung suji
  2. Empat cawan santan ( dua pekat dua cair )
  3. Satu cawan gula
  4. Garam
  5. Pewarna Kuning


  • Kacau semua bahan diatas guna api sederhana hingga agak pekat tapi jangan pekat sangat ye.
  • Kemudian, tapis ke dalam loyang
  • Kukus selama lima belas minit.

Talam Suji Sukatan Cawan Resepi
Talam Suji Sukatan Cawan



Bahan B : Lapisan Atas


  1. Satu setengah cawan tepung gandum
  2. Tiga cawan santan
  3. Satu sudu besar tepung kastard
  4. Setengah cawan gula pasir
  5. Satu cawan air gula merah
  6. Garam


Cara Buat Kuih Talam Suji

Resepi Talam Suji Resepi Sukatan Cawan
Talam Suji Resepi


Cara membuat kuih talam suji :

  1. Campur semua bahan B ( lapisan atas ) dan kacau sampai sebati.
  2. Tapis adunan bahan B keatas bahan A yang telah kita kukus tadi
  3. Kukus selama dua puluh minit atau sampai masak.

Step akhir, biarkan pada suhu bilik sampai betul-betul sejuk sebelum potong. Siap dan sedia untuk di ngap. Cara buat talam suji sukatan cawan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.

> Resepi Kuih Talam Pandan Sukatan Cawan Simple Sedap