Resepi Lempeng Sagu Kelapa Sedap Mudah Simple Tradisional. Lempeng orang dulu, pakai sagu biji yang di gaul bersama kelapa parut..Ingat lagi, masa budak budak mak selalu buat guna tutup periuk je. Yang belum cuba dan nak rasa lempeng sagu, boleh ambil resepi lempeng sagu tradisional dekat bawah. Sukatan main anggar-anggar sendiri je tau.
Lempeng Sagu Kelapa |
Resepi Lempeng Sagu Mudah Sedap Simple Ringkas Cepat
Bahan untuk resepi lempeng sagu biji :
- Sagu biji ( rendam sekejap )
- Kelapa parut. ( Jika boleh guna kelapa muda )
- Gula pasir
- Garam secubit
- Air sikit
Cara Buat Lempeng Sagu
Cara membuat lempeng sagu :
- Gaul sagu biji bersama kelapa serta garam.
- Jika adunan kering, sila basahkan sedikit.
- Adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat tau. Sedang sedang sahaja.
Step akhir, masak atas kuali leper dan tabur gula pada permukaan lempeng sagu tersebut. Siap. Cara nak buat lempeng sagu mudah je kan, selamat mencuba semua.
0 Comments