Resepi Sagun Malaysia Sukatan Cawan Mudah Sedap Tradisional. Warna warni projek petang saya bersama anak-anak yang tak boleh keluar rumah sebab hujan tak berhenti. Sagon kelapa homemade in the house. Ada sesiapa suka tak dengan sagun sedap ini ? Jom saya kongsikan resepi sagon kelapa :
![]() |
| Sagun Kelapa |
Resepi Sagon Sukatan Cawan Simple Ringkas Sedap
Bahan untuk resepi sagon tradisional :
- Satu biji kelapa parut ( ambil putihnya sahaja )
- Satu cawan tepung beras
- Setengah cawan tepung tepung pulut.
- Tiga cawan gula
- Dua helai daun pandan
- Garam secubit
Cara Buat Sagon Serbuk
Cara buat sagon kelapa :
- Panaskan kuali dan masak kelapa sampai kering. Kacau tanpa henti agar tidak hangus. Asingkan seketika.
- Panaskan kuali dan masukkan tepung beras, tepung pulut, garam serta daun pandan. Gaul sampai agak kering.
- Masukkan kelapa dan kacau sampai sebati.
Step akhir, tutup api dan masukkan gula. Gaul dan kacau hingga sebati. Angkat dan siap untuk dimakan. Cara membuat sagon kelapa mudah je kan, selamat mencuba semua.


0 Comments