Resepi Sos Tiram Homemade Buat Sendiri Di Rumah. Ada yang suka masak pakai sos tiram ? Saya ingin kongsikan resepi sos tiram homemade tanpa pengawet, sihat, selamat serta halal.  Inilah dia saus tiram yang selama ini saya gunakan di rumah untuk menyediakan hidangan seperti nasi ayam, mee goreng, sayur campur, mee hailam dan yang sewaktu dengannya buat anak-anak dan suami tercinta. Rasanya boleh tahan sedap dan mungkin lebih sedap lagi dari sos tiram yang dijual di kedai atau pasaraya. Kalau tak percaya boleh cuba buat sos tiram sendiri menggunakan resepi sos tiram homemade yang saya kongsikan dekat bawah :

Cara Buat Sos Tiram Di Rumah
Resepi Sos Tiram Homemade


Resepi Sos Tiram Homemade Mudah Sedap Simple Ringkas

Bahan untuk resepi sos tiram sedap :

  1. Setengah kilogram kepala dan kulit udang.
  2. Gula organik.
  3. Garam himalaya.
  4. Dua hingga tiga sudu tepung ubi atau tepung jagung.


Cara Buat Sos Tiram Sendiri

Cara Buat Sos Tiram Homemade :


  1. Rebus kepala udang dan kulit udang guna api kecil selama sejam atau sampai air tinggal separuh.
  2. Tapis dan blend kulit dan kepala udang yang telah direbus sampai hancur.
  3. Kemudian, kembali rebus kulit dan kepala udang tersebut
  4. Masukkan gula organik serta garam himalaya
  5. Bagi mendapatkan sos tiram yang lebih lembut, sila tapis air rebusan tersebut.
  6. Masukkan air bancuhan tepung ubi atau tepung jagung.
  7. Biarkan sambil kacau sikit-sikit sampai likat.
  8. Tutup api dapur.


Step akhir, biarkan sejuk. Kemudian, isi dalam botol atau bekas kedap udara yang telah kita sediakan untuk sos tiram tahan lama. Cara membuat sos tiram homemade mudah je kan, selamat mencuba semua.