Resepi Ikan Siakap Kengsom Thai Orignal Asli Tradisional Asam Pedas Thailand Sedap. Makan tengahari tadi, satu lauk sahaja namun nasi satu periuk habis.Ikan siakap masak kengsom kalau balik kampung pattani mesti jadi salah satu juadah  wajib yang sepupu kena masak. Mula tak pandai makan tapi sekarang dah jadi feveret kami satu keluarga. Saya selitkan sekali resepi ikan siakap kengsom thai ori :

Resepi Siakap Asam Pedas Thai Ori
Resepi Ikan Siakap Kengsom Thai


Resepi Siakap Asam Pedas Thai Original Asli Tradisional Mudah Sedap

Bahan untuk resepi ikan siakap kensom thai original :

Bahan A

  1. Ikan siakap atau ikan Kerapu


Bahan B : Blend

  1. Dua biji cili merah ( buang biji )
  2. Lima belas biji cili api
  3. Satu inchi kunyit hidup
  4. Satu biji bawang besar
  5. Dua biji bawang merah
  6. Dua ulas bawang putih
  7. Dua batang serai
  8. Satu inchi belacan


  • Blend semua bahan B diatas


Bahan C

  1. Air asam jawa ( secukup rasa tekak anda )
  2. Satu biji limau nipis ( ambil jus )
  3. Nenas ( yang betul-betul masak )
  4. Kangkung
  5. Garam dan gulaa secukup rasa.

Cara Masak Siakap Kengsom Thai

Cara Masak Siakap Asam Pedas Thai ;

  1. Masukkan semua bahan yang telah kita kisar ke dalam periuk.
  2. Masukkan nenas yang telah dipotong.
  3. Masak sampai air mendidih.
  4. Masukkan air asam jawa
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Masukkan ikan


Step akhir, masukkan kangkung serta jus limau nipis. Tutup api dapur dan siap. Sekarang dah boleh dihindangkan untuk santapan ahli keluarga. Cara buat siakap kengsom thai mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.