Cara Baiki Kipas Syiling Sendiri Dengan Mudah DIY Di Rumah. Kebiasaannya, kipas syiling laju dia macam kipas helikopter bila kita pasang nombor lima. Tapi tadi masa saya buka kipas syiling slow je anginnya, sepoi-sepoi bahasa gitu. Ingatkan tersalah tekan nombor. Sebagai seorang penggemar kipas angin tegar, hal-hal sebegini tidak sesekali dipandang remah kerana sedikit masa lagi bukan sahaja mengakibatkan persekitaran bilik menjadi panas malah yang paling dibimbangi adalah memanaskan hati.  Jadi jom saya kongsikan cara repair kipas syiling agar laju :

Cara Baiki Kipas Syiling
Cara Lajukan Kipas Syiling


Cara Lajukan Kipas Siling Dengan Mudah Murah Dan Jimat

Cara Melajukan Kipas Syiling :


  1. Buka penutup kipas siling
  2. Tanggalkan kapasitor lama yang ada pada kipas tersebut
  3. Gantikan dengan kapasitor yang baru. ( boleh dibeli di kedai elektrik ataupun hardware  )



Step akhir, pasang balik semua sekali. Kemudian uji kelajuan kipas siling tersebut. InsyaAllah akan terasa perubahannya. Cara nak lajukan kipas syiling mudah je kan, selamat mencuba semua.