Resepi Tepung Goreng Cempedak Goreng Rangup Tanpa Tepung Beras Tanpa Telur Simple.  Alhamdulillah petang semalam kami satu keluarga dapat makan cempedak goreng. Buah cempedak jiran sebelah rumah orang Terengganu yang sedekahkan. Kalau beli buah cempedak dekat kedai mau sekilo lapan ringgit malaysia jugak lah. Kalau cempedak goreng salut tepung yang dekat gerai tepi jalan, dua ulas dah seringgit. Jadi dengan sedikit bekalan ilmu didada, kita buat cempedak goreng sedap rangup tahan lama. Dalam sebiji cempedak dapatlah tiga puluh hingga tiga puluh lima ulas, puas hati dapat goreng cempedak ranggup dan makan. Terima kasih daun keladi jiran sebelah ya. Saya selitkan sekali resepi cempedak goreng tanpa telur :

Resepi Cempedak Goreng Rangup Tanpa Telur
Resepi Cempedak Goreng Tanpa Tepung Beras



Resepi Cempedak Goreng Rangup Tanpa Telur Tanpa Tepung Beras

Bahan untuk resepi cempedak goreng tepung gandum :

  1. Tepung gandum
  2. Serbuk kunyi sikit
  3. Garam Sikit
  4. Bikarbonat sikit ( hujung sudu sahaja, jangan sampai suku tau )
  5. Air

  • Sukatan agak agak sendiri je tau


Cara Buat Cempedak Goreng Simple

Cara Buat Cempedak Goreng Rangup :

  1. Campurkan semua bahan diatas.
  2. Masukkan air, adunan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat ya.
  3. Kacau sampai sebati
  4. Masukkan isi cempedak.


Step akhir, panaskan minyak dan goreng sampai warna bertukar kekuning kuningan atau sampai masak. Cara buat cempedak goreng celup tepung mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.