Resepi Donut Tanpa Yis Sukatan Cawan Lembut Gebu Mudah Dan Simple Paling Sedap Frozen Viral. Konon tadi punyalah berangan nak buat burger malaysia dengan donut untuk juadah petang bersama anak-anak tercinta. Sekali tak perasan yang rumah saya sudah kehabisan yis. Nak keluar pergi beli macam tak berbaloi je kalau beli satu barang sahaja. Esok-esoklah kot masa pergi pasar nanti saya akan beli yis baru. Jadi sebagai seorang suri rumah tangga yang banyak pengalaman di dapur, kita kasi ubah sikit resepi donut yang selama ini  yang kita guna. Syukur, menjadi dengan jayanya. Anak-anak pun cakap sedap dan lembut ala chinese doughnut gitu. Diaorang tak tahu masa saya nak buat donut tadi bahan tak cukup. Apa-apa pun, ada tak yang nak tau cara buat donut tanpa yis ? Jom saya tunjukkan resepi donat gebu gebas sukatan cawan :
Resepi Donut Tanpa Telur
Resepi Donut Tanpa Yis


Resepi Donut Tanpa Telur Dan Kentang Lembut Gebu Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi donat tanpa telur sukatan cawan


Bahan A : Ayak

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Setengah sudu kecil garam
  3. Dua setengah sudu kecil baking powder
  • Ayak semua bahan diatas
Bahan B

  1. Satu pert tiga cawan butter ( unsalted kerana kita  sudah letak garam)
  2. Tiga per empat cawan susu segar


Resepi Donut Tanpa Telur Gebu
Resepi Donut Tanpa Yis Gebu



Cara Buat Donat Tanpa Yis

Cara Buat Donat Tanpa Telur  : 

  1. Satukan bahan ayak dengan butter dan gaul sampai jadi macam serbuk roti ( tiada ketulan besar )
  2. Kemudian, masukkan susu segar dan gaul sampai jadi doh.
  3. Uli guna tangan sekejap ( jangan lama sangat tau uli )
  4. Bentukkan bulat bulat atau tekap donut pada acuan.

Cara Buat Donut Tanpa Telur
Cara Buat Donut Tanpa Yis


Step akhir, panaskan minyak dan goreng hingga warna bertukar keperang-perangan. Toskan dan tabur gula halus pada keseluruhan donut. Sekarang, sedia untuk dihidangkan buat santapan keluarga atau tetamu yang bertandang ke rumah. Cara buat donut tanpa yis mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.