Resepi Kuih Cucur Jawa Tanpa Perap Mudah Sedap Simple Sukatan Cawan. Juadah petang tadi bersama ahli rumah iaitu kuih cucur jawa gula putih tanpa perap. Adun adun terus boleh goreng dan ngap. Lembut dan dalamnya bersarang cantik. Sesiapa yang nak cuba, saya ada selitkan resepi cucur jawa lembut sukatan cawan :

Cucur Jawa Gula Putih
Cucur Jawa Tanpa Perap


Resepi Cucur Jawa Tanpa Perap Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi cucur jawa sukatan cawan :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Dua cawan tepung beras (saya guna cap 1 gajah )
  3. Satu cawan gula
  4. Setengah sudu kecil garam
  5. Dua cawan air.

Cara Buat Kuih Cucur Jawa Tanpa Perap

Cara Buat Kuih Cucur Jawa Lembut ;


  1. Campurkan kesemua bahan 
  2. Mixer sampai adunan kembang (dalam lima minit )

Step akhir, panaskan minyak dan cedok sesenduk adunan. Biarkan bahagian atas nampak masak baru terbalikkan. Bila dah nampak garing macam yang kita nak, baru angkat. Sekarang, siap untuk dihidangkan. Cara membuat kuih cucur jawa tanpa perap mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.