Resepi Pau Bakar  Inti Kacang Dal Cina Sukatan Cawan Lembut Gebu Senang Ringkas. Bangun pagi tadi mood rajin datang tetiba untuk buat kuih pau bakar cina yang mudah dan sedap. Orang cina panggil kuih tau sa pia. Dari dulu hingga sekarang, saya paling suka makan pau bakar inti kacang dal ni. Tapi tu lah, nak jumpa punya lah susah  Nasib baik zaman sekarang dah moden, taip je apa apa terus jumpa. Syukur pau bakar cina saya menjadi dengan jayanya walaupun kali pertama buat. Ada yang suka tak ? Saya selitkan sekali ye resepi pau bakar sukatan cawan :

Resepi Pau Bakar Inti Kacang Dal
Resepi Pau Bakar Cina



Resepi Pau Bakar Mudah Lembut Gebu Sukatan Cawan Inti Kacang Dhal

Bahan untuk resepi kuih pau bakar  mudah :

Resepi Pau Bakar Inti Kacang Dal
Pau Bakar Inti Kacang Dal


 Doh A ( Air )

  1. Dua sudu makan shortening
  2. Satu per empat cawan air
  3. Dua sudu makan gula icing
  4. Satu cawan tepung gandum


  • Satu kan semua bahan A sampai jadi doh
  • Kemudian, bulat-bulatkan


Doh B ( Minyak )

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Empat sudu makan shortening
  3. Setengah sudu kecil garam

  • Satu kan semua bahan B hingga jadi doh
  • Selepas itu, bulat-bulatkan

Resepi Inti Pau Bakar Cina Halal Homemade Mudah Simple Paling Sedap

Resepi Inti Pau Bakar
Resepi Inti Kacang Dal Pau Bakar


Bahan untuk resepi inti pau bakar cina homemade ;

  1. Dua cawan kacang dhal ( rendam dan rebus sampai kembang serta toskan )
  2. Satu cawan susu pekat
  3. Satu cawan gula


Cara Buat Inti Pau Bakar Cina Sukatan Cawan

Cara membuat inti pau bakar cina simple :

  • Blend kasar kacang dhal yang telah kembang selepas kita rendam dan rebus tadi.
  • Kemudian masak sampai kering bersama susu pekat dan gula 



Cara Buat Pau Bakar Cina Sukatan Cawan

Cara Membuat Kuih Pau Bakar
Cara Membuat Roti Pau Bakar


Cara membuat pau bakar :

  1. Canaikan doh A hingga leper 
  2.  Letakan doh B pada bahagian tengah tengah dan balutkan.
  3. Kembali canai doh-doh yang telah kita satukan dan gulung. Ulang langkah ini sebanyak tiga kali.
  4. Kemudian, canai sekali lagi dan masukkan inti pau bakar cina yang kita buat tadi.

Pau Bakar Cina Sukatan Cawan
Pau Bakar Sukatan Cawan

Step akhir, sapukan pau bakar dengan kuning teluar dan bakar pada suhu 180 selama setengah jam atau sampai warna kekuningan bergantung kepada oven masing masing. Siap. Cara buat pau bakar mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.