Resepi Buko Pandan Kelapa Mudah Sedap Simple Asli Original Tradisional Filipino. Untuk pengetahuan semua, Buko Pandan adalah salah satu hidangan pencuci mulut dari negara jiran kita Filipina. Rasanya sedap sangat serta berasaskan kelapa. Resepi buko pandan simple ini saya dapatkan dari satu blog blogger Filipina. Saya selitkan sekali resepi buko pandan sedap untuk mereka yang ingin mencuba. Semoga bermanfaat.
Resepi Buko Pandan Kelapa |
Resepi Buko Pandan Mudah Simple Ringkas Original Filifina
Bahan untuk resepi buko pandan sedap :
Resepi Buko Pandan Mudah |
Bahan A
- Air kelapa
- Agar Agar ( tali/ serbuk )
- Pewarna Hijau
- Perisa Pandan
Bahan B
- Whipping cream non diary
- Susu pekat manis ( atau boleh ganti dengan susu cair + tepung jagung dan secubit garam )
Bahan C
- Isi kelapa
- Biji sagu
- Nata de cocoa
Cara Buat Buko Pandan Kelapa
Buko Pandan Resepi |
Cara Buat Buko Pandan Mudah :
- Masak semua bahan A untuk buat agar-agar. Tidak perlu tambah air kerana kita guna air kelapa sepenuhnya. Masukkan perisa pandan serta pewarna. Boleh tambah gula kalau suka manis. Sejukkan seketika dan kemudian potong bentuk kiub.
- Dalam bekas lain pukul whipping cream. Tak perlu hingga kembang pun. Selepas itu, tambah susu pekat manis mengikut tahap kemanisan yang kita nak ( kalau guna susu cair, masak dulu kemudian tambah sikit tepung jagung bagi pekatkn kuah seperti tekstur whipping cream. Tambah secubit garam untuk naikkan rasa lemak )
- Didihkan air dalam periuk. Kemudian masak biji sagu sampai hilang mata putih. Lalukan bawah air sekejap untuk hilangkan kanji sagu.
Step akhir, campur isi kelapa, sagu, nata de cocoa, serta agar-agar yang telah siap dipotong kiub tadi ke dalam adunan whipping cream. Kemudian, simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan. Cara membuat buko pandan kelapa mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam, jumpa lagi.
0 Comments