Resepi Mee Suah Sup Ayam Simple Mudah Ringkas Paling Sedap Halal Chinese Style. Petang ini, saya ingin kongsikan satu lagi resepi yang simple mimple gitu iaitu resepi mi suah sup yang saya sediakan tadi buat anak saya yang sedang dilanda demam. Ada sesiapa yang suka tak makan mee suah ?Kita geng. Resepi mee suah sup mudah ada saya selitkan dibawah ya :
Resepi Mee Suah Sup Sedap |
Resepi Mee Suah Sup Sedap Simple Ringkas Ala Cina
Bahan untuk resepi mee suah sup simple :
Mee Suah Sup Sedap |
Bahan A : Tumbuk halus
- Empat biji cili padi
- Satu sudu kecil udang kering
- Dua ulas bawang putih
- Dua biji bawang merah
Mee Suah Sup Simple |
Bahan B
- Udang, ayam, meat ball
- Sayur sawi (celor)
- Brocoli ( celor)
- Empat keping mee suah
- Setengah ketul pati kiub ayam
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Masak Mee Suah
Cara Buat Mee Suah Sup :
- Tumbuk halus semua bahan A
- Selepas itu, panas kan kuali dan masukkan dua sudu besar minyak masak.
- Tumis semua bahan yang kita tumbuk tadi sampai wangi
- Kemudian, masukkan ayam, udang, serta meat ball
- Kacau-kacau sekejap kasi rata
- Masukkan air ( kuantiti air ikut suka nak banyak mana. Kalau nak kuah pekat letak kurang dan sebaliknya )
- Masukkan pula pati kiub ayam, garam serta gula secukup rasa.
- Biarkan sampai mendidih.
Mee Suah Sup Resepi |
Step akhir, masukkan mee suah serta sayur-sayuran yang kita nak letak. Biarkan sekejap dan padam api dapur. Jangan lama sangat tau sebab mee suah cepat lembut. Siap. Cara membuat mee suah sup mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.
0 Comments