Resepi Biskut Mama Carrie Sukatan Cawan Gebu Simple Mudah Paling Sedap. Ini dia satu lagi resepi biskut raya bergambar dan resepi biskut raya simple sukatan cawan yang mudah dan sedap. Ada yang suka makan tak biskut mama carrie ? Kalau kat rumah saya, ibu suka ayah suka anak-anak apatah lagi. Antara resepi kuih raya tradisional yang saya tak pernah tinggalkan untuk buat menjelang tiba hari raya. Tak lengkap rasanya aidilfitri kalau saya tak jumpa biskut mama carey ni. Sekarang jom saya kongsikan resepi biskut mama carrie step by step ;


Resepi Kuih Mama Carrie Sukatan Cawan
Resepi Biskut Mama Carrie Sukatan Cawan


Resepi Biskut Mama Carrie Sedap Ringkas Senang Tradisional

Bahan untuk resepi biskut mama carrie gebu ;

Biskut Mama Carrie Gebu
Biskut Mama Carrie Sukatan Cawan


1) Bahan A : Doh

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu cawan tepung jagung
  3. Satu cawan mentega
  4. Setengah cawan gula aising
  5. Setengah cawan susu tepung ( saya pakai brand nespray )
  6. Setengah sudu teh esen vanilla


Biskut Mama Carrie Recipe
Biskut Mama Carrie Resepi



2) Bahan B : Topping

Resepi Topping Biskut Mama Carrie

  1. Satu cawan gula aising
  2. Satu biji telur putih
  3. Setengah cawan tepung jadung
  4. Setengah cawan esen vanilla
  5. Emulco coklat



Cara Buat Topping Biskut Mama Carrie

Cara membuat Topping Biskut Mama Carrie ;

  • Putar putih telur dan gula aising sampai kembang, gebu dan sebati.
  • Masukkan tepung jagung serta esen vanilla. Putar lagi
  • Asingkan satu sudu untuk letak emulco coklat untuk lukis atas biskut.
  • Hias guna kreativiti sendiri.

Biskut Mama Carrie Gebu
Resepi Biskut Mama Carrie Gebu


Cara Buat Biskut Mama Carrie

Cara membuat biskut mama carrie ;

  1. Pukul mentega bersama gula aising dan esen vanilla
  2. Seterusnya masukkan tepung gandum, tepung jagung serta susu tepung.
  3. Uli sampai jadi adunan yang lembut
  4. Selepas itu, canaikan
  5. Terap menggunakan acuan.
  6. Sapukan topping atau nama lainnya cream ising pada permukaaan kuih dan lorek coklat atau hiasan yang digemari.


Biskut Mama Carrie Sedap
Resepi Biskut Mama Carrie Sedap

Step akhir, bakar pada suhu 170 selama dua puluh hingga dua puluh lima minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Cara membuat biskut mama carey mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Jemput datang rumah ya.