Resepi Biskut Sarang Lebah Sukatan Mudah Simple Lembut Gebu Paling Sedap. Sebelum ini saya, biasa makan roti sarang lebah sahaja tapi hari ini kita kasi tukar jadi biskut sarang lebah yang mudah dan sedap gitu. Resepi biskut sarang lebah gebu serta kaya dengan badam dan kekacang rangup pada setiap gigitan suami saya dapat dari rakan tempat kerja lama dia. Sejak dah pandai buat saya tak pernah tinggal untuk membuat biskut sarang lebah setiap kali menjelang raya tau. Kalau makan jadi ketagih sampai tak sedar habis satu tray seorang diri. Ada yang nak tau cara membuat kuih sarang lebah tak ? Jom saya kongsikan resepi biskut sarang lebah sedap sukatan cawan :
Resepi Biskut Sarang Lebah Sukatan Cawan |
Resepi Kuih Sarang Lebah Sukatan Cawan Senang Ringkas Viral
Bahan untuk resepi kuih sarang lebah sedap :
Resepi Biskut Sarang Lebah Sedap |
Bahan A : Doh
- Satu cawan butter ( saya guna buttercup yang dalam tong )
- Setengah cawan gula perang atau gula merah halus
- Dua sudu teh gula aisen
- Satu sudu teh esen vanilla
- Dua sudu besar susu tepung
- Satu sudu besar serbuk badan ( saya letak lebih sikit )
- Tiga sudu besar tepung suji atau semolina flour
- Satu biji kuning telur saiz A
- Satu cawan tepung kek atau tepung naik sendiri
- Satu cawan tepung jagung
- Satu cawan tepung gandum ( saya tak guna semua pun sebab doh dah jadi cantik )
- Setengah cawan badam hancur
Resepi Biskut Sarang Lebah Mudah |
Bahan B : Hiasan
- Biji Labu
- Kuaci
- Bijan Hitam
- Almond
Kuih Sarang Lebah Sedap |
Bahan C : Sapuan
- Telur
- Esen vanilla sikit
- Pewarna Kuning
- Campur dan kacau sebati
Biskut Sarang Lebah Sukatan Cawan |
Cara Buat Biskut Sarang Lebah
Kuih Sarang Lebah Sukatan Cawan |
Cara Buat Kuih Sarang Lebah
- Satukan butter dan gula. Kacau sebati.
- Masukkan kuning telur, esen dan kacau lagi.
- Masukkan susu, serbuk badam, tepung suji, badan hancur dan kacau
- Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
Biskut Sarang Lebah Resepi |
Step akhir, terap guna acuan dan sapukan telur (bahan c ) serta hias cantik-cantik. Kemudian, bakar pada suhu 140 selama dua puluh lima minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Dah siap boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk santapan para tetamu di hari raya aidilfitri yang mulia. Cara membuat biskut sarang lebah mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lain di lain hari.
0 Comments