Resepi Apam Johol Daun Rambai Kuala Pilah Negeri Sembilan Asli Original Tradisional. Apam daun rambai johol in da house. Walaupun kali pertama buat, syukur menjadi dengan jayanya. Terima kasih empunya resepi apam johol sedap, lembut dan gebu ini. Nanti jika ada resepi kuih muih tradisional negeri sembilan boleh kongsikan lagi ya dengan kita. Kalau nak tahu, apam johol daun rambai hanya terdapat di johol negeri sembilan je tau. Sudah menjadi tradisi masyarakat kat sana bila kenduri kendara kompem ada apam johol untuk di hidangkan kepada tetamu yang bertandang. Paling sedap ketagih gitu. Dah lama mencari sebenarnya tapi sekarang baru bertemu dengan resepi apam johol tradisional ini. Dia pesan nak balut apam johol kena ada seninya. Kena balut macam bungkus nasi lemak, barulah elok dan kukuh bungkusannya. Sesiapa yang nak cuba atau rindukan kuih tradisional negeri sembilan boleh cedok resepi apam johol sedap yang saya catatkan dekat bawah : 


Resepi Apam Daun Rambai Johol
Resepi Apam Johol Negeri Sembilan


Resepi Apam Johol Negeri Sembilan Original

Apam Daun Rambai Johol
Resepi Apam Daun Rambai Johol


Bahan untuk resepi apam johol negeri sembilan sedap :


  1. Daun rambai ( potong dan bersihkan )
  2. 300 gram  tepung gandum
  3. Dua  sudu marjerin
  4. 100 gram gula melaka/ gula merah ( larutkan dengan satu setengah cawan air)
  5. Dua sudu besar gula pasir
  6. Setengah bungkus ibu roti mauripan


Resepi Apam Johol Daun Rambai
Apam Johol Daun Rambai Resepi


Cara Buat Apam Johol Negeri Sembilan

Cara Buat Apam Daun Rambai Johol
Cara Buat Apam Johol Daun Rambai

Apam Johol Negeri Sembilan Resepi
Apam Johol Negeri Sembilan



Cara membuat apam johol negeri sembilan :

  1. Satukan marjerin dengan tepung sampai sebati.
  2. Seterusnya masukkan ibu roti serta gula pasir ke dalam tepung.
  3. Tuangkan larutan gula melaka yang sudah ditapiskan ke dalam adunan secara sikit demi sikit.
  4. Sila pastikan bancuhan adunan jangan terlalu cair.
  5. Perap adunan sampai naik dua kali ganda atau perap selama tiga jam
  6. Dah siap perap, ambil daun rambai yang telah di potong dan dibersihkan.
  7. Kemudian, oleskan dengan minyak masak pada permukaan daun rambai.


Apam Daun Rambai Resepi
Apam Johol Resepi


Step akhir, letakkan 3/4 penuh adunan kuih apam johol pada daun dan bungkus kemas-kemas. Jangan penuhkan tau sebab nanti kuih apam daun rambai akan mengembang. Kukus selama lima belas minit atau sampai masak. Siap. Cara buat apam daun rambai johol mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.