Resepi Asam Gumpal Terengganu Buat Kue Sagupal Mudah Sedap Simple. Kalau tak silap saya, mengandung anak ketiga saya mengidam sangat nak makan kuih muih tradisional terengganu iaitu asam gumpal. Nasib baiklah cik abang ada rakan sepejabat yang berasal dari negeri terengganu darul iman. Bolehlah minta dengan dia resepi kuih asam gumpal terengganu original yang sedap dan mudah ni. Kalau tak silap saya di kelantan kuih ini dipanggil sagu gumpal.Sesiapa yang tak pernah merasa atau mengidam juga boleh ambil resepi kuih asam guppa terengganu dekat bawah :

Kuih Asam Gumpal Terengganu Resepi
Resepi Kuih Asam Gumpal Terengganu Asli


Resepi Asam Gumpal Terengganu Asli

Bahan untuk resepi asam gumpal terengganu ori :

Asam Gumpal Terengganu Recipe
Asam Gumpal Terengganu Resepi



Bahan A

  1. Dua ratus gram sagu biji (basuh serta toskan)
  2. Air panas

Bahan B : Kuah

  1. Dua cawan santan segar atau satu kotak santan segera
  2. Satu inci halia ( mayang halus)
  3. Sebiji bawang merah (mayang halus)
  4. Satu sudu kecil halba
  5. Sehelai daun pandan


Resepi Inti Kuih Asam Gumpal Terengganu

Asam Gumpal Resepi
Resepi Asam Gumpal Terengganu Asli


Bahan untuk resepi inti kacang hijau asam gumpal terengganu :

  1. Seratus gram kacang hijau
  2. Garam secukup rasa
  3. Gula secukup rasa


Cara Buat Inti Kuih Asam Gumpal Terengganu

Cara membuat inti kuih asam gumpal terengganu :

  1. Rendam kacang hijau
  2. Seterusnya rebus hingga empuk
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. ( maniskan sedikit baru sedap )
  4. Masak sampai kering
  5. Gentel bulat-bulat kecil
  6. Ketepikan seketika


Sagu Gumpal Kelantan
Asam Gumpal Resepi


Cara Buat Asam Gumpal Terengganu

Kuih Asam Gumpal Terengganu Resepi
Kuih Asam Gumpal Terengganu

Cara membuat asam gumpal terengganu

  1. Ambil sagu yang kita toskan tadi
  2. Siram dengan air panas, jangan banyak sangat siram nanti sagu jadi lembik.
  3. Pakai plastik untuk ambil sagu ( kalau tak pakai plastik nanti sagu melekat pada tangan )
  4. Seterusnya kepalkan dan leperkan sikit.
  5. Isikan inti kacang pada bahagian tengah.
  6. Kepalkan bulat balik.
  7. Susun dalam loyang
  8. Ulang hingga bahis adunan.
  9. Kemudian kukus selama lima belas minit hingga dua puluh minit atau sampai sagu masak. 
Cara Membuat Asam Gumpal Terengganu
Cara Buat Kuih Asam Gumpal Terengganu

Step akhir cara buat kuah, campurkan semua bahan, kacau santan dengan api yang perlahan. Jangan api besar tau nanti kuah jadi serawa pulak. Biarkan sampai mendidih. Masukkan sagu yang telah kita kukus tadi. Siap. Cara buat asam gumpal terengganu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.