Resepi Kek Marble Kukus Sukatan Cawan Guna Periuk Noxxa Mudah Dan Sedap Paling Simple Tanpa Ovalette. Syukur sekali lagi menjadi dengan jaya nya kek marble noxxa yang lembut dan gebu serta moist. Anak -anak sampai berebut sebab tak cukup masa makan tadi tau. Tapi takpe kalau ada masa terluang nanti kita sama sama buat lagi untuk makan sendiri dan kongsikan sekali dengan jiran tetangga. Ada penggemar kek marble tak ? Jom saya kongsikan resepi kek marble kukus sukatan cawan :


Kek Marble Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Kek Marble Noxxa Sukatan Cawan

Resepi Kek Marble Noxxa Gebu Sukatan Cawan Lembut Moist

Bahan untuk resepi kek marble moist :

Cara Membuat Kek Marble Noxxa
Cara Buat Kek Marble Noxxa


Bahan A : Blend


Tiga biji telur gred A
Satu cawan gula
Satu cawan minyak
Dua sudu besar susu pekat
Satu sudu teh aisen vanilla

Bahan B : Ayak

Dua cawan tepung gandum
Dua sudu teh baking powder

Bahan C

Satu sudu besar serbuk koko ( carikan dua sudu air panas )


Kek Marble Cheese Noxxa Resepi
Kek Marble Noxxa Resepi


Cara Buat Kek Marble Kukus

Kek Marble Kukus Sukatan Cawan Periuk Noxxa
Resepi Kek Marble Kukus Sukatan Cawan Periuk Noxxa


Cara buat kek marble noxxa :

  1. Tuang adunan yang kita blend tadi ke dalam bekas dan sebatikan dengan bahan ayak. ( pakai sudip kayu atau spatula sahaja )
  2. Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian. Satu letak serbuk koko yang telah dicairkan bersama air panas tadi.
  3. Seterusnya, tuang adunan secara selang seli ke dalam inner pot yang telah digris dengan butter
  4. Corakkan guna lidi atau chopstick mengikut kreativiti sendiri.


Kek Marble Tanpa Ovalette
Resepi Kek Marble Noxxa Tanpa Ovalette


Step akhir, tutup periuk noxxa dan steam selama 30 minit. Siap. Sekarang boleh dihidangkan atas meja makan untuk santapan semua yang berada di rumah. Cara buat kek marble periuk noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Jumpa lagi lain waktu, salam.