Resepi Keropok Lekor Maggie Viral Sedap Mudah Simple Rangup Crispy. Perghh sedap juga keropok lekor guna maggi rupanya. Lembut ,ranggup serta padat. Alhamdulillah rezeki kami satu keluarga untuk minum petang. Cara buat keropok maggi mudah dan bahan yang digunakan sentiasa ada dalam dapur rumah. Tempoh masa tak sampai sejam dah siap untuk di makan. Satu sahaja nak pesan, jangan pula ada nanti yang cuba nak bandingkan dengan Keropok Lekor Losong Terengganu yang sudah terkenal dengan kesedapan dan keunikannya. Kompemlah tak sama seratus peratus sebab resepi keropok lekor terengganu guna ikan dan yang keropok lekor moden ni pula pakai maggie. Ingat baik baik tu ye. Sekarang jom saya kongsikan resepi keropok lekor maggi viral yang mudah dan sedap untuk rujukan semua baik untuk masa kini ataupun masa hadapan :
Resepi Keropok Lekor Maggie Viral |
Resepi Keropok Lekor Maggi Viral Lembut Ranggup Ringkas
Bahan untuk resepi keropok lekor maggi sedap :
Keropok Lekor Maggie Resepi |
Bahan A : Blend
- Satu bungkus maggie kari ( rebus dan toskan )
- Satu paket serbuk kari maggie
- Satu biji telur
- Garam sikit
Bahan B
- Enam sudu tepung ubi
- Dua sudu tepung gandum
Resepi Keropok Lekor Maggi Viral |
Cara Buat Keropok Lekor Maggie
Cara Buat Keropok Lekor Maggie Viral |
Cara membuat keropok lekor maggie :
- Blend semua bahan A.
- Seterusnya masukkan ke dalam satu bekas.
- Masukkan tepung ubi dan tepung gandum
- Uli sampai tak melekat pada tangan. Kalau masih melekat sila tambah tepung ubi.
- Kemudian, uli doh panjang-panjang macam keropok lekor.
- Rebuskan dalam air yang mendidih sampai timbul.
- Angkat dan toskan.
Keropok Lekor Guna Maggie |
Step akhir, panaskan minyak dan goreng sampai masak. Siap untuk dihidangkan bersama sos cili. Cara nak buat keropok maggi mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali.
0 Comments