Resepi Nasi Arab Mandy Ayam Mudah Guna Periuk Noxxa Simple . Alhamdulillah sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk buat nasi arab untuk santapan keluarga. Tapi masa seperti biasa selalu mencemburui saya. Resepi nasi arab ayam mandy mudah dan sedap ini saya dapat dari sepupu sebelah mak suatu ketika dulu. Dah banyak kali juga buat tapi kali ini cara masak nasi mandi berbeza sikit sebab guna periuk noxxa. Syukur menjadi dengan jayanya. Nasi arab mandy special sempena kak long nak berbuka puasa ganti pertama kali disamping meraikan anak nombor empat saya yang nak menduduki peperiksaan UPSR pada minggu depan. Doakan dia dapat buat yang terbaik ya semua. Resepi nasi arab tanpa rempah khusus pun yang saya buat ni, paling mudah tau. Ada sesiapa yang nak tau cara membuat nasi arab ayam ? Jom saya kongsikan resepi nasi arab mandy ayam mudah :
Resepi Nasi Arab Noxxa Mudah |
Resepi Nasi Arab Simple Mudah Segera Asli Paling Sedap
1. Mula-mula SF panaskan sedikit minyak dan butter dalam innerpot, goreng hirisan satu biji terung bulat serta sejambak kecik bunga kobis sampai lembut dan angkat keluar.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis tiga ke empat biji buah pelaga dan hirisan sebiji bawang besar serta dua ulas bawang putih sampai kekuningan
3. Masukkan air tapis secukupnya dan potongan ayam ( potong empat bahagian), rebus HP 6minit.
4. Dah siap, keluarkan wap, buka lid, masukkan garam secukup rasa, kacau-kacau dan angkat innerpot tersebut, letak tepi.
5. Letak innerpot yang lain, susun selapis selapis berselang seli antara beras basmathi yang telah dibasuh ( saya buat 3 pot ) dengan terung bulat serta bunga kobis yang sudah kita goreng tadi. Gambaran mudah, bawah sekali saya susun bunga kobis dulu, seterusnya letak 1/3 beras, kemudian saya susun terung pula, letak beras lagi 1/3, susun ayam, step last saya habiskan beras 1/3 yang terakhir. Lebih kurang begitulah. Harap faham lah ya.
6. Masukkan sup atau air rebusan ayam tadi secukupnya, serbuk kunyit sikit, lada hitam beberapa biji, kacang gajus serta kismis kuning sikit. Jika ada stok garam masala pun blh letak sikit ( saya tak letak sebab kehabisan )
7. Masak nasi LP 7minit
8. Bila sudah siap, release wap, buka lid serta gembur-gembur kan nasi secara perlahan-lahan guna chopstick atau senduk kayu panjang untuk mengelakkan nasi patah.
9. Sekarang pun siap, boleh dihidangkan bersama tomato salad arab serta sup ayam tadi.
Tomato Salad
1. Empat biji tomato dipotong dadu
2. Perah tiga biji air limau nipis atau lemon secukupnya untuk dapat masam-masam sikit
3. Garam, gula serta serbuk lada hitam sikit
4. Hirisan daun sup sikit
5. Optional ( boleh letak dua sudu besar sup ayam tadi untuk kasi berkuah sikit )
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba semua
Cara Masak Nasi Arab Ayam |
P/S: Tiga potong ayam tu saja saya bakar dalam oven untuk kasi garing sikit. Jika nak biar semua ayam masak dalam nasi pun okey je, sedap lembut jadi isi ayamnya luruh dari tulang.
> Resepi Nasi Tomato Noxxa Sedap Simple Ayam Masak Merah
0 Comments