Resepi Puding Buih Mudah Simple Sukatan Cawan Berkuah Custard. Puding Buih Tembikai In Da House. Buat untuk suami yang teringin sangat makan puding buih dari minggu lepas. Rasa puding yang tidak terlalu manis dipadankan bersama sos kastad yang sangat creamy, manis yang sesuai dengan rasa puding, tekstur puding yang ringan umpama makan aiskrim. Dan yang paling penting, semua habis licin tanpa kuah tinggal setitik pun. Makan malam-malam pun takde hal buat pencuci mulut asalkan memenuhi selera suami yang tercinta. Alhamdulillah. Ada yang nak tau cara nak buat puding buih ? Jom saya kongsikan resepi puding buih berkuah simple :
Resepi Puding Buih Sukatan Cawan |
Resepi Puding Buih Berkuah Kastard Sukatan Cawan
Puding Buih Resepi |
Bahan untuk resepi puding buih sedap :
- Satu paket serbuk agar-agar 10 gram atau Satu paket agar-agar tali
- Tiga biji telur ayam gred A (asingkan putih dengan kuning telur)
- Pewarna merah atau sirap
- Pewarna hijau atau ekstrak warna dari daun pandan
- Kismis hitam
- Satu sudu kecil esen vanila
- Tiga per empat cawan gula pasir
- Empat cawan air ( 1 cawan = 190 ml)
Cara Buat Puding Buih Berkuah
Resepi Puding Buih Tembikai Sukatan Cawan |
Cara membuat puding buih :
- Masak agar agar bersama air dan gula sampai gula hancur. Masukkan esen vanilla. Tutup Api. Sejukkan adunan agar agar sampai suam suam kuku (anggaran 15 hingga 20 minit).
- Pukul putih telur sampai betul betul kembang ( kalau terbalikkan bekas, adunan tidak tumpah), seterusnya masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi sampai kembang serta gebu.
- Tuang satu senduk adunan agar agar dalam satu masa ke dalam bekas adunan telur secara sikit demi sikit sampai suam dan rata.
- Pukul lagi sampai sebati serta adunan menjadi agak sejuk. Ulang sampai habis. Jangan masukkan adunan agar agar suam sekali gus sebab nanti akan menyebabkan lapisan terapung serta terpisah dari agar agar.
- Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan, masukkan dua sudu kecil pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna chopstick atau lidi.
- Kacau secara berhati hati agar warna tidak terkena pada dasar bekas.
- Letakkan kismis pada permukaan agar agar ( untuk dijadikan biji buah tembikai). Sejukkan ke dalam peti sejuk.
- Selepas agar agar beku, keluarkan agar agar dari bekas dan dengan menggunakan berus, warnakan bahagian luar dengan warna hijau sebagai kulit tembikai.
Cara Buat Puding Buih Berkuah |
Resepi Kuah Puding Buih
Resepi Puding Buih Berkuah Kastard |
Bahan untuk resepi kuah kastard puding buih ;
- Dua sudu besar tepung kastad
- Empat sudu besar gula pasir
- Satu tin susu cair
- Tiga per empat gelas air kosong
Cara Buat Kuah Puding Buih
Cara membuat kuah puding buih :
Ada cara masak kuah puding buih bagi dapatkan tekstur serta rasa kuah puding buih yang sedap. Bagi mengelakkan kuah kastard puding buih menjadi berketul dan berkerak, pukul dahulu semua bahan dalam satu bekas menggunakan whisker sampai sebati. Seterusnya, panaskan di atas dapur dengan menggunkan api kecik..Perlu sentiasa kacau tanpa henti sampai semua bahan sebati, tiada rasa tepung, dan kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api dapur. Tak payah tunggu sampai mendidih dah siap dah pun untuk dihidangkan bersama puding buih yang kita sediakan tadi. Cara buat puding buih mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali jika berkesempatan.
0 Comments