Resepi Sardin Noxxa Homemade Buatan Sendiri Mudah Dan Sedap Berkuah Simple. Salam jumaat semua. Alhamdullilah siap lauk makan tengahari kami hari ini iaitu sardin homemade noxxa presssure cooker yang mudah dan sedap.  Anak-anak semua suka makan sampaikan tanpa disedari sekejap sahaja sudah habis licin.  Sardin special sikit sebab bahan cukup lengkap tanpa tertinggal satu pun. Biasanya saya buat guna resepi sardin tanpa tomato puree sahaja, dah alang-alang ke supermarket tadi tengok pula harga murah terus angkat dua tiga tin untuk stok di kemudian hari. Ada yang nak tau cara masak sardin guna periuk noxxa ? Jom tengok perkongsian saya tentang resepi sardin buatan sendiri guna periuk noxxa berkuah :
Resepi Sardin Homemade Noxxa Sedap Homemade
Resepi Sardin Noxxa Sedap Homemade


Resepi Sardin Homemade Noxxa Sedap Mudah Simple Ringkas

Sardin Noxxa Buatan Sendiri Di Rumah
Resepi Sardin Noxxa Buatan Sendiri Di Rumah


Bahan untuk resepi ikan sardin simple :

  1. Satu kilogram ikan sardin atau ikan selayang
  2. Tiga biji tomato (belah atau potong dadu )
  3. Tiga ulas bawang putih ( hiris )
  4. Tiga ulas bawang merah ( hiris )
  5. Dua biji bawang besar(kisar bersama cili kering)
  6. Cili kering agak2 ikut kepedasan masing2
  7. Satu botol kecik ( 250 gram )
  8. Empat sudu besar  tomato puree
  9. Sos cili secukupnya
  10. Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Sardin Guna Periuk Noxxa
Cara Buat Ikan Sardin Guna Periuk Noxxa


Cara Buat Sardin Noxxa

Resepi Sardin Periuk Noxxa Homemade
Resepi Sardin Noxxa Homemade


Cara Masak Sardin Noxxa :

  1. Panaskan minyak masak ( SF )
  2. Masukkan bawang putih dan merah sampai agak garing
  3. Seterusnya masukkan cili kering yang telah siap di blend bersama bawang besar tadi.
  4. Kacau hingga garing
  5. Kemudian, masukkan tomato, sos cili, sos tomato, tomato pure dan ikan.

Sardin Homemade Noxxa Resepi Mudah
Sardin Noxxa Resepi Mudah


Step akhir, off SF dan HP 60 minit. Sekarang siap untuk dihidangkan bersama nasi putih. Cara membuat sardin noxxa mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika tiada aral melintang, jumpa lagi esok ya. Salam.