Resepi Apam Kampung Gebu Sukatan Cawan Cara Membuat Simple Tanpa Gula Merah Paling Sedap. Apam kampung gebu gebas bersama kelapa parut untuk sarapan kami sekeluarga tadi. Syukur menjadi dengan jayanya kuih dalam pantang bersalin ni. Walaupun resepi apam kampung ringkas sahaja guna empat bahan tapi  anak anak dan suami suka makan. Tak sempat nak kelip mata kuih apam kampung sudah tinggal pinggan sahaja. Melihat kepada sambutan terbaik yang di terima, esok lusa kita boleh buat lagi. Ada yang nak tahu cara nak buat apam kampung ? Jom tengok resepi apam kampung mudah sukatan cawan :

Apam Kampung Sukatan Cawan
Resepi Apam Kampung Sukatan Cawan


Resepi Apam Kampung Gula Putih Sukatan Cawan

Apam Kampung Gebu Sukatan Cawan
Resepi Apam Kampung Gebu Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi apam kampung simple :


  1. Tiga cawan tepung gandum
  2. Tiga per empat cawan gula
  3. Satu, tiga per empat cawan air suam
  4. Satu paket yis ( 11 gram )

Apam Kampung Tepung Gandum
Resepi Apam Kampung Tepung Gandum



Cara Buat Apam Kampung

Cara Buat Apam Kampung Gebu
Cara Buat Apam Kampung Sukatan Cawan


Cara Buat Apam Kampung Gebu :

  1. Bancuhkan air suam, gula dan yis.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum.
  3. Kacau bagi rata dan sebati.
  4. Perap dalam bekas tertutup selama satu jam atau sampai adunan naik
Apam Kampung Gula Putih
Resepi Apam Kampung Gula Putih


Step akhir, tuang adunan ke dalam loyang yang telah di oles dengan minyak masak dan kukus selama setengah jam. Siap. Biarkan sejuk seketika baru mula memotong. Hidangkan bersama kelapa putih. Cara membuat apam kampung mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

> Resepi Apam Tepung Beras Tanpa Eno Sukatan Cawan