Resepi Chicken Chop Simple Dan Sedap Kuah Lada Hitam Cara Membuat Ayam Goreng KFC Rangup Tepung Bestari. Chicken chop bajet sos black pepper siap sedia untuk di ngap sampai kenyang. Kalau keluar makan di restoran harga chicken chop boleh tahan juga. Tu kita belum tahu lagi sedap ke tak sedap. Lepas kita pesan dan sampai atas meja kita rasa tak best. Haa acane tu. Tak ke membazir je duit yang akan kita bayar nanti. Buat sendiri di rumah lagi puas hati. Disamping dapat juga kita merancang kewangan keluarga dengan berhemah. Tak gitu. Ada sesiapa mahu tahu cara membuat chicken chop dan sos black pepper yang mudah dan sedap guna tepung bestari ? Jom tengok dekat bawah resepi chicken chop goreng mudah :
Chicken Chop Mudah Dan Sedap |
Resepi Chicken Chop Sedap Dan Mudah Bajet
Bahan untuk resepi chicken chop bajet :
Cara Buat Chicken Chop Mudah |
Mula-mula sekali perlukan ayam bahagian leg. Jika sebut kaki, nanti orang ingat kita guna kaki ayam sahaja pulak ye tak? Part leg ni adalah bahagian thigh serta peha. Kita kena ceraikan sendiri. Kikis isi-isi di thigh tersebut, buang tulang dia. Bagi tulang yang bersambung dengan peha ayam, patahkan saja. Ketuk di bahagian buku lali utk patahkan tulang hujung, toreh dan tarik keluar tulang drumstik tu.
Jika suka versi juicy, rendam dalam air garam satu malam atau dua hingga tiga jam. Proses ini dikenali sebagai brine. Kemudian bilas dulu ayam tu kang tak pasal kena darah tinggi.
Cara Buat Chicken Chop Goreng |
Gaulkan potongan ayam tadi dalam apa-apa jenis tepung kfc yang sesuai digunapakai. Saya guna tepung bestari bersama sedikit air. Bancuhan tepung kering dari jenis yang sama tapi di campur sedikit baking powder.
Cara Buat Ayam Goreng KFC Rangup |
Gaul kasi rata dan sebati. Nak lagi elok perap lah sekejap ye. Terserah.
Cara Buat Ayam Goreng Chicken Chop |
Panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas dan goreng sampai bertukar warna keemasan atau masak luar dan dalam guna api sederhana. Masa proses goreng ayam chicken chop, di ingatkan agar tangan jangan gatal untuk usik atau balikkan ayam tersebut biar dalam lima minit, agak-agak sebelah dah mengeras, baru balikkan ke bahagian yang sebelah lagi.
Chicken Chop Resepi Mudah |
Sementara menunggu, jom kita sediakan bahan untuk sos black pepper chicken chop pula. Memasak chicken chop, kita harus multitask tau. Jika tunggu nak buat satu per satu, jawabnya makan masa berjam jam lah. Resepi Kuah Chicken Chop Sedap :Ketuk dua biji bawang putih dan hiris seleri sebatang. Panaskan minyak masak atau majerin dan tumis kedua dua bahan tersebut.
Resepi Sos Black Pepper Sedap |
Kemudian masukkan,
- Dua sudu besar sos tiram
- Tiga sudu besar sos blackpepper
- Satu sudu kecil lada hitam yang telah di tumbuk kasar
- Satu sudu kecil serbuk pati ayam
Resepi Sos Chicken Chop Sedap |
Masukkan pula 500 ml air. Biarkan mendidih. Tidak perlu gula ya kerana sos tiram selepas di adunkan bersama bahan bahan sedia ada akan menjadi manis, lagipun sos blackpepper pun sudah manis dah.
Kalau sesiapa yang kurang rajin, boleh sahaja guna instant brown sauce glaze tu. Bancuh bersama air dan masak atas kuali. Dicadangkan guna brand knorr atau swiss bear. Brand maggi tu boleh buang ke tong sampah, sebab rasa sampah. Haha.
Resepi Tepung Ayam Goreng KFC |
Ayam pun dah siap goreng. Menggoda tak ?
Cara Buat Sos Black Pepper Sedap |
Oh ya. Sepatutnya tepung gandum di campur semasa masukkan marjerin tadi. Apabila marjerin sudah cair, masukkan tepung gandum serta gaul dia akan jadi roux. Bagi yang belum tahu, roux akan bertindak sebagai agent pemekat kuah. Tadi terlupa pula, hahaha. Masukkan dua sudu besar tepung gandum ya.
Ada orang tanya apa beza tepung gandum dan tepung jagung? Ya tepung jagung turut boleh digunakan sebagai agen pemekat. Namun tepung jagung lebih sesuai bagi hidangan lain macam mee bandung, mee udang, kuay teow kungfu, ladna, kuay teow hongkong, sweet sour dan sewaktu dengannya. Manakala bancuhan tepung gandum lebih berkilat dan lebih pekat serta lebih sesuai untuk digunakan dalam hidangan chicken chop berbanding tepung jagung.
Resepi Kuah Chicken Chop Sedap |
Haa ini lah dia kunci rahsia kesedapan bagi makanan berempah. Memang ajaib ciptaan Allah. Basil leave atau dalam bahasa melayu nya daun salam. Daun salamj ika kita letak semasa masak sup, daging hitam, nasi beriani, rendang dan lain lain yang menggunakan rempah memang akan bertambah sedap. Daun salam membantu menaikkan lagi rasa rempah yang kita pakai.
Apabila dah siap masak sos black paper, tapis lah sos dulu bertujuan asingkan bahan yang tidak mudah terlerai seperti seleri, bawang putih serta lebihan ketulan tepung. Tak nak tapis pun boleh juga. Bagaimana cara nak tahu sos black pepper sudah masak ? Mudah sahaja jawapannya adalah bila seleri sudah menjadi lembut.
Resepi Coleslaw KFC Sedap |
Untuk coleslaw, hiriskan halus halus kobis dan karot. Letak krim atau susu cair, satu sudu kecil gula, mayonis ikut suka nak letak banyak mana dan perahan jus lemon sesedap rasa. Memamg sedap tau. Bagi saya, mayonis yang sedap adalah daripada jenama saji, kimball dan miyachi. Miyachi paling sedap, lemak berkrim gitu. Ladies choice pula pilihan terakhir jika tidak jumpa ketiga-tiga jenama mayonis tersebut di sesebuah pasaraya. Orang lain tak tahu lah. Al maklum selera memasing berbeza setiap orang. Dan jika pandai cara buat coleslaw homemade, lagi bagus dan boleh buat mengikut selera sendiri.
Chicken Chop Mudah Dan Sedap |
Sekarang siap. Hidangkan ayam chicken chop sos black pepper yang sedap bersama bahan hiasan seperti coleslaw, kentang goreng dan salad. Makan sampai kenyak. Okey lah, cara membuat chicken chop black pepper mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika saya ada masa terluang tanpa apa apa gangguan kita jumpa lagi di lain hari. Salam.
0 Comments