Resepi Kek Pisang Azlina Ina Sukatan Cawan Moist Mudah Sedap Paling Simple Cikgu Membuat Gebu Gebas Guna Periuk Noxxa. Semalam sudah makan apam pisang, hari ini kita sediakan pula kek pisang yang mudah dan sedap untuk santapan ahli keluarga. Pisang emas banyak stok sebab jiran sebelah kasi. Katanya ambil di kebun dekat kampung. Dua tiga tandan jugak lah di baginya. Mungkin dia tahu kot yang jiran dia yang sorang ni merupakan seorang chef tanpa tauliah dari mana mana institusi pengajian namun gemar memasak di dapur. Habis resepi dia nak cuba.Hehe.Kali ini saya nak kongsikan dua cara buat kek pisang iaitu resepi kek pisang kukus guna pengukus dan resepi kek pisang kukus noxxa. Adunan sama hanya kaedah yang berbeza. Ada yang suka makan dan nak tau cara membuat kek pisang kukus ? Jom tengok resepi kek pisang gebu sukatan cawan :
Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Azlina Ina |
Resepi Kek Pisang Noxxa Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Kukus Azlina Ina |
Bahan untuk resepi kek pisang viral ;
- Empat biji telur
- Dua cawan tepung
- Satu cawan gula
- Satu cawan pisang emas ( lenyek dulu baru sukat )
- Satu cawan minyak
- Satu sudu kecil esen vanila
- Satu sudu kecil ovelette
- Satu sudu kecil baking soda
- Satu sudu kecil soda bikarbonat
- Sedikit pewarna kuning
Resepi Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan |
Cara Buat Kek Pisang Kukus Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Gebu Sukatan Cawan |
Cara buat kek pisang gebu :
- Pukul telur, esen vanila, ovelette serta gula sampai kembang (mixer).
- Masukkan minyak dan pisang yang sudah kita lenyek tadi. Pukul rata.
- Sementara itu ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking soda.
- Matikan mixer.
- Masukan tepung ke dalam adunan dengan sedikit pewarna kuning. Gunakan teknik kaup balik sampai rata.
- Tuang dalam loyang yang sudah di oles minyak atau marjerin.
Resepi Kek Pisang Kukus Moist Sukatan Cawan |
Step akhir, panaskan pengukus dan kukus selama 35- 40 minit. Siap..
Cara Buat Kek Pisang Guna Noxxa Pressure Cooker
Cara buat kek pisang periuk noxxa ;
- Letak tuala yang sudah di basahkan dalam inner pot ( tengok gambar paling atas )
- Letak redai kaki tiga.
- Masukkan air paras kaki redai.
- Masukkan acuan yang telah di oles dengan minyak dan di isi dengan adunan.
- Last, steam 30 minit.
- Siap.
Okey lah saya pun ada kerja sikit ni, cara buat kek pisang mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika berkesempatan kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan semoga berjaya.
0 Comments