Resepi Roti Paratha Kosong Sukatan Cawan Mudah Dan Sedap Cara Membuat Roti Prata Lembut Segera. Makan malam kami anak beranak iaitu roti prata ayam gulai tak habis tengahari tadi. Lebihan roti paratha frozen dalam peti ais. Esok lusa sesiapa lapar atau terasa nak makan, boleh goreng sendiri. Jika di tanya perbandingan antara roti prata vs roti canai saya lagi memilih roti prata kerana saya suka akan keunikan rasa nya. Tambah pula pekena dengan sambal bilis dan kopi panas. Boleh habis sampai tiga keping tau. Bagi yang tak tahu, roti prata boleh juga di cicah dengan inti lain misalnya kuah sardin, cheese, gulai daging, gula, susu pekat dan yang sewaktu dengannya mengikut selera memasing. Kalau nak olah jadi resepi roti paratha pizza pun boleh tau. Sekarang ramai yang buat pizza guna roti paratha ye. Viral gitu. Topping pizza paratha letak lah boleh letak macam macam ikut kreativiti sendiri seperti sosej dah lain lain lagi. Ada yang mahu tahu cara membuat roti prata lembut tak. Jom saya kongsikan resepi roti paratha mudah sukatan cawan :
Resepi Roti Prata Mudah Dan Lembut Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap
Cara Buat Roti Prata Lembut |
Bahan untuk resepi roti paratha simple :
- Dua cawan tepung gandum
- Satu sudu teh yis
- Dua sudu teh gula
- Setengah sudu teh garam
- Empat sudu besar minyak masak
- Setengah cawan air suam
Cara Buat Roti Prata
Roti Prata Resepi Simple |
Cara buat roti paratha :
- Satukankan semua bahan.
- Masukkan air suam.
- Uli sebati tapi tak perlu lama.
- Jika tak cukup air sila tambah sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat pada tangan.
- Perap dalam bekas yang telah di oles dengan minyak dan tutup dengan kain lembab selama setengah jam atau sampai doh naik.
- Apabila doh roti paratha sudah naik, bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan tabur sedikit tepung.
- Rehatkan sekali lagi selama lebih kurang sepuluh minit
- Gelekkan doh bersama taburan tepung gandum.
Step akhir, panaskan kuali dan goreng sampai masak serta garing. Okey lah saya ada kerja sikit. Kalau ada masa terluang lagi kita jumpa lagi. Cara membuat roti paratha mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan semoga berjaya.
0 Comments