Resepi Waffle Tanpa Acuan Rangup Tanpa Mixer Sedap Lembut Sukatan Cawan Viral. Saya baru sahaja buka perniagaan kecil kecilan dengan menawarkan waffle yang mudah dan sedap kepada rakan serta jiran tetangga satu taman. Syukur, sambutan menggalakkan. Harga waffle kasih sayang kita kasi. Maklum balas yang diterima pun boleh tahan, siap ada yang repeat order dah.Sesiapa yang buat tempahan, kita mudah kan urusan mereka tak perlu keluar rumah kerana kami yang hantar sampai ke depan pintu. Ada nak tau cara membuat waffle malaysia ? Jom tengok resepi waffle sukatan cawan yang saya kongsikan dekat bawah. Oh ya sebelum terlupa kepada mana-mana yang tiada acuan waffle boleh gantikan dengan pembakar roti. Semoga bermanfaat.
Resepi Waffle Tanpa Susu Segar |
Resepi Waffle Mudah Tanpa Susu Segar Rangup Paling Sedap
Bahan untuk resepi waffle simple :
Cara Buat Waffle Tanpa Susu Segar |
Bahan A
- Tiga cawan tepung gandum
- Dua setengah cawan air
- Tiga per empat cawan minyak masak
- Dua biji telur ayam
- Esen vanila
- Dua sudu makan susu tepung
- Tiga sudu makan gula
- Setengah sudu teh garam
- Satu sudu makan penuh serbuk penaik
- Baking soda sikit ( hujung sudu sahaja )
Bahan B ; Inti
- Madu
- Coklat
- Strawberry
- Peanut Butter
- Dan sewaktu dengannya
Waffle Recipe |
Cara Buat Waffle Tanpa Susu
Cara Membuat Waffle Tanpa Susu Segar |
Cara membuat waffle tanpa susu :
- Masukkan semua bahan A ke dalam blender atau mixer
- Kemudian, blend atau mixer kan semua bahan A sampai sebati.
Resepi Waffle Mudah Dan Sedap |
Step akhir, panaskan acuan dan letak adunan yang telah di kisar tadi. Dah masak sapukan dengan inti kegemaran memasing. Sekarang siap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga di rumah. Cara buat waffle simple je kan, selamat mencuba semua. Kalau tiada aral melintang, kita jumpa lagi esok lusa. Salam.
0 Comments