Cara Kira Markah Math Spm Terbaru Mengira Pemarkahan Keseluruhan Pengiraan Terkini Latest. Salam dan selamat pagi semua, hari ini saya bukan hendak kongsikan soalan bocor matematik spm atau tentang markah lulus matematik spm namun saya ingin berkongsi mengenai cara pengiraan markah matematik spm dan beberapa tips menghadapi peperiksaan matematik spm yang mana mungkin dapat membantu anda ketika dalam dewan peperiksaan kelak. 


Cara Kira Markah Matematik SPM Terkini
Cara Kira Markah Matematik SPM Terbaru



Cara Pemarkahan Matematik Spm Kertas 1 

Cara pemarkahan  Matematik Spm Kertas 2 :

Seperti pada calon spm sedia maklum, peperiksaan matematik spm terdiri  daripada 2 kertas iaitu :


Cara Kira Markah Math SPM Kertas 1
Cara Kira Markah Matematik SPM Kertas 1



Format Soalan Peperiksaan Matematik Spm Kertas 1 


  1. Kertas 1 Matematik Spm mengandungi 40 soalan.
  2. Tempoh menjawab yang diperuntukkan adalah selama 1- 1 ¼ jam
  3. Markah bagi keseluruhan jawapan adalah 40 markah.
  4. Tidak perlu menunjukkan langkah kerja.


Tips menduduki peperiksaan matematik spm kertas 1 :


Tips Soalan Matematik Spm
Tips Matematik Spm



Dalam peperiksaan matematik spm kertas 1, setiap bab yang telah dipelajari di peringkat sekolah menengah
akan ditanya. Soalan-soalan mungkin hadir daripada soalan peperiksaan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Oleh kerana para pelajar telah menguasai beberapa asas semasa PMR maka ianya tidak sepatutnya menjadi masalah yang perlu dirisaukan. Perkara paling penting adalah biasakan diri untuk mengulangkaji soalan peperiksaan spm kertas 1 daripada tahun tahun sebelumnya. Ini akan dapat membantu anda pada hari peperiksaan kelak.



Cara Kira Markah Math SPM Kertas 2
Cara Kira Markah Matematik SPM Kertas 2




Format Soalan Matematik SPM Kertas 2


  1. Terdiri daripada 2 bahagian iaitu Seksyen A dan Seksyen B.
  2. Perlu menunjukkan langkah kerja bagi setiap jawapan.
  3. Seksyen A  mengandungi 11 soalan yang wajib dijawab. Markah keseluruhan adalah 52 markah.
  4. Seksyen B pula mengandungi 5 soalan namun para pelar hanya dikendaki menjawab 4 daripadanya. Markah keseluruhan adalah 48 markah.
  5. Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 ½ jam.


Cara Menjawab Soalan Matematik SPM Kertas 2

Markah Lulus Matematik Spm
Matematik SPM Kertas 2




Dalam soalan peperiksaan matematik spm kertas 2 pula, terdapat bab-bab tertentu sahaja yang akan ditanya. Mungkin para pelajar boleh bersemuka dengan guru matematik masing-masing untuk mendapat bab bab "bocor"yang mungkin ditanya pada hari peperiksaan nanti. Fahami kehendak soalan sebaiknya sebelum mula menjawab. Sama seperti kertas 1, perkara paling penting adalah rajinkan diri mengulangkaji soalan peperiksaan spm kertas 2 daripada tahun tahun sebelumnya. Ini bukan sahaja membuatkan anda lebih mahir serta mengelak kesilapan mudah yang bakal di lakukan malahan mampu menolong anda dalam dewan peperiksaan.

Cara Pemarkahan Matematik Spm Keseluruhan

Cara kira markah matematik spm keseluruhan :

Soalan Peperiksaan Matematik SPM Kertas 1

  • 40 soalan  = 40 markah


Soalan Peperiksaan Matematik SPM Kertas Kertas 2

  • Bahagian A   = 52 markah
  • Bahagian B   = 48 markah
  • Markah Keseluruhan bahagian A & B = 100 markah.


Total kedua-dua kertas adalah 140 markah. 

Jadi bagaimana peratusan markah matematik spm dikira bagi menentukan gred yang anda dapat ? Jawapan nya tengok dekat bawah.

Gred Pemarkahan Matematik SPM

Cara kira peratusan markah matematik spm :

  • ( Markah Kertas 1 + Markah Kertas 2 ) x 0.7143 = Markah Matematik SPM Anda



Jadi jumlah markah yang anda kira itulah yang akan menentukan gred markah matematik spm yang anda dapat samaada lulus ataupun tidak.


Akhir kata daripada saya, lulus atau tidak bukan penentu asalkan kita sudah ulangkaji dengan bersungguh sungguh dan menjawab sebaik mungkin. Salam dan selamat menduduki peperiksaan matematik spm. Semoga berjaya semua.