Proses Pendebungaan Rock Melon Projek Kahwin Bunga Jantan Dengan Betina Secara Manual DIY. Salam semua. Apa khabar ? Moga sihat sentiasa di samping keluarga ya. Petang ini saya bukan ingin kongsi cara tanam pokok rock melon dalam pasu namun perkongsian saya kali ini adalah mengenai cara pendebungaan rock melon secara manual yang mana menjadi amalan di pusat penanaman rock melon fertigrasi seperti terengganu, japan, thailand dan lain lain tempat lagi . Cara kahwin bunga rockmelon ini turut boleh diguna pakai bagi tanaman lain seperti tembikai susu, pokok labu, atau pokok-pokok lain yang mempunyai bunga jantan dan betina. Kelebihan menggunapakai cara pendebungaan rockmelon manual adalah ianya akan cepat menghasilkan buah dan seterusnya memberi keuntungan kepada para petani. Selain itu, setiap pasu atau polibag mampu menghasilkan lebih lebat iaitu lebih kurang dlama tiga biji buah rock melon. Kaedah ini bermakna kita tidak bergantung secara seratus peratus kepada serangga seperti lebah untuk membantu proses pendebunggannya yang mana akan mengambil masa yang lebih lama serta berisiko pokok rock melon tidak mengeluarkan buah. Al maklumlah harga rock melon di malaysia boleh tahan juga. Rasanya sudah banyak yang mengetahui tentang kaedah pendebungaan rock melon ini namun harapnya bermanfaatlah kepada mereka yang masih baru serta belum tahu.


Proses Pendebungaan Rock Melon
Cara Pendebungaan Rock Melon


Cara Kahwin Bunga Rockmelon Jantan Dan Betina

Cara kahwinkan bunga rock melon jantan dan betina :


Beza Bunga Rock Melon Jantan
Bunga Jantan Rock Melon


1. Pertama sekali kita hendaklah tahu beza bunga jantan rock melon dan bunga betina rock melon. Mengenalpasti perbezaan bunga jantan dan betina rock melon adalah penting bagi menghindari kesilapan yang berlaku.  Cara kenal bunga jantan rock melon mudah sahaja. Bunga jantan rock melon tiada buah di bahagian bawahnya.


Beza Bunga Betina Rock Melon
Bunga Betina Rock Melon


2. Bunga rock melon jantan vs betina. Bunga rock melon betina pula mempunyai buah di bahagian bawahnya.





 3. Dah kenal, petik bunga jantan rock melon untuk dapatkan debunga dalamnya dan letak atau sapu ke dalam bahagian debunga betina rock melon. Kalau tak faham, sila tengok video cara pendebungaan rock melon step by step diatas ya.




4.  Apabila proses debunga rock melon berjaya, kita akan dapat lihat bunga betina akan layu dan bersedia mengeluarkan buah.



Cara  Penanaman Rock Melon Fertigrasi
Cara Tanam Rock Melon Fertigrasi



Cara Menanam Rock Melon Dalam Pasu
Buah Rock Melon Malaysia

Inilah hasilnya jika kena cara penjagaan rock melon yang betul. Hati pun riang tengok lebih lebih lagi hasil keringat peluh sendiri. Tempoh matang rock melon adalah antara enam puluh hingga tujuh puluh hari.  Sampai disini sahaja dulu lah kot. Nanti jika ada masa terluang lagi, saya kongsikan pula cara pembajaan rock melon. Salam dan selamat mencuba semua.