Resepi Apam Pisang Kukus Sukatan Cawan Cikgu Membuat Mudah Simple Paling Gebas Mekar Dan Tanpa Mauripan Noxxa.  Salam dan selamat pagi semua. Sarapan apa tadi ye. Saya dan keluarga makan apam pisang azlina ina yang gebu gebas gitu. Tak tahan lihat asyik lalu lalang di laman sosial facebook milik saya. Kalau sekali dua sahaja tak pe lah inikan banyak kali sangat hingga habis tergugat kesabaran saya untuk mengetahui rasa serta cara membuat apam pisang viral tersebut.  Syukur menjadi dengan jayanya walaupun kali pertama mencubanya. Saya mengikuti resepi apam pisang azlina ina step by step kerana bimbang bantat pula apabila sudah siap nanti. Tak sedap lah nak makan. Ada yang nak tau cara buat apam pisang azlina ina ? Jom tengok resepi apam pisang kukus gebu :


Apam Pisang Azlina Ina
Resepi Apam Pisang Azlina Ina



Resepi Apam Pisang Kukus Azlina Ina

Bahan untuk resepi apam pisang gebu :


Cara Membuat Apam Pisang Azlina Ina
Cara Buat Apam Pisang Azlina Ina

Tujuh biji pisang( saiz kecik) jika nak guna buah pisang besar tiga hingga empat biji sudah memadai. Jangan terlebih pisang tau sebab inilah salah satu punca dan kenapa apam pisang bantat. Ramai orang yang sering buat kesilapan ini dalam dalam proses pembuatan kuih apam pisang.  

Pisang saya guna pisang emas dibawa belayar tapi dia masak semua bukan masak sebiji sebiji diatas peti
Jika nak pakai pisang berangan pun okey namun jangan pula kau pergi makan pisang  tersebut sambil berangan kerana dikhuatiri buah pisang abis dan apam pisang ke laut. Nak pakai jenis pisang lain pun boleh asalkan bersesuaian dengan tujuan utama ya. 

Sekarang masukkan pisang yang telah siap di buang kulit  ke dalam bekas dan lenyek guna gelas ke siku atau apa apa barang yang boleh kau guna untuk lenyek pisang tersebut.

Masukkan setengah sudu besar soda bikarbonat, setengah cawan gula perang serta 100 gram gula melaka yang sudah siap di racik mahupun di tumbuk halus.

Kembali Lenyek lagi kasi bahan-bahan kasi mesra dan sebati.


Cara Membuat Apam Pisang Kukus
Cara Buat Apam Pisang Kukus


Kemudian, masukkan satu sudu cuka masakan dan kacau sebati. Jangan pula pergi letak cuka getah nanti arwah pula si pemakannya. Berdosa dan sangat tidak baik. Kompem kompem kay akan masuk neraka jahanam secara percuma.

Fungsi cuka masakan yang kita letak tadi adalah untuk mendapatkan tekstur kuih macam apam dan seperti tekstur kuih bingka.

Apam Pisang Resepi
Apam Pisang Kukus Resepi


Blend tiga biji telur ayam. Nak campur esen pisang sikut pun boleh. Ketepikan.

Cara Membuat Apam Pisang Mudah
Cara Buat Apam Pisang Mudah


Masukkan satu cawan minyak dalam adunan apam pisang tersebut.

Apam Pisang Viral
Resepi Apam Pisang Viral


Ayakkan dua cawan tepung gandum bersama dua sudu kecil baking powder

Resepi Apam Pisang Gebu Sukatan Cawan
Apam Pisang Gebu Sukatan Cawan


Masukkan telur yang telah siap kita blend tadi

Cara Buat Apam Pisang Kukus Sukatan Cawan
Cara Buat Apam Pisang Sukatan Cawan


Masukkan adunan tepung dan baking powder yang telah kita ayak. Kacau sebati


Resepi Apam Pisang Kukus Mudah Sukatan Cawan
Resepi Apam Pisang Kukus Mudah


Masukkan tiga sudu besar serbuk santan kelapa. Kacau rata dan sebati

Apam Pisang Kukus Gebu Sukatan Cawan
Resepi Apam Pisang Kukus Gebu


Sekarang, masukkan adunan ke dalam bekas kedap udara dan perap selama minima satu jam. Tujuan kita perap adalah untuk bagi bahan-bahan lebih mesra dan menaikkan warna apam pisang kukus homemade. Takde lah kusam sangat nanti. Orang tengok pun bertambah selera.


Resepi Apam Pisang Kukus Viral
Apam Pisang Kukus Viral


Dah siap perap semua, isikan adunan ke dalam acuan atau bekas yang korang suka.


Apam Pisang Kukus Azlina Ina
Resepi Apam Pisang Kukus Azlina Ina



Step akhir, kukus selama dua puluh minit guna api besar. Siap. Sekarang dah boleh hidangkan atas meja makan dan jemput anak serta suami makan.


Apam Pisang Kukus Sukatan Cawan
Resepi Apam Pisang Kukus Sukatan Cawan

Nak tau apam pisang yang kita buat sendiri jadi dengan cantik atau tak, ianya tidak padat dan terdapat rongga rongga serta moist gitu. Cara membuat apam pisang kukus mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika tiada aral melintang kita jumpa lagi di lain hari. Semoga sukses selalu. Salam.