Resepi Ayam Pansuh Sarawak Tanpa Buluh Memasak Buat Mudah Simple Paling Sedap Manok Original Asli Tradisional. Pansuh ayam merupakan salah satu resepi makanan tradisional sarawak oleh masyarakat iban dan dayak. Pada kebiasaanya masyarakat akan memasak ayam pansuh dalam buluh lalu dipanggang sebelum dihidangkan kepada ahli keluarga mahupun para tetamu yang bertandang ke rumah bersama hidangan lain. Namun kerana di zaman moden kini buluh sangat sukar di perolehi, maka saya membuat sedikit pembaharuan dengan menyediakan ayam pansuh moden guna periuk. Sudah tentu lah ayam pansuh yang di masak menggunakan periuk lebih mudah.  Saya dan famili paling suka makan lauk pauk yang di masak tanpa santan sebabnya terasa lebih sihat. Ada nak tau tak cara buat ayam pansuh sarawak ? Jom saya kongsikan cara membuat ayam pansuh sedap dalam periuk : 

Resepi Ayam Pansuh Sarawak Tanpa Buluh
Resepi Ayam Pansuh Dalam Periuk

Resepi Ayam Pansuh Tanpa Buluh

Bahan untuk resepi ayam pansuh sarawak dalam periuk :

Manok Pansoh Sarawak
Resepi Manok Pansoh Sarawak



  1. Seekor Ayam ( saya guna wing sekilo, nak guna bahagian lain pun boleh sahaja)
  2. Satu ikat pucuk ubi  ( ramas kasar )
  3. Tiga batang serai ( titikan )
  4. Tiga inchi halia ( tumbuk )
  5. Empat biji bawang putih
  6. Enam biji bawang merah ditumbuk
  7. Tiga batang bunga kantan belah 4
  8. Tiga batang Tepus  (jika tiada, lebihkan bunga kantan) potong panjang-panjang
  9. Dua ketul Kiub ayam
  10. Garam secukup rasa

Manok Pansuh Resepi
Manok Pansoh Resepi



Cara Masak Ayam Pansuh Dalam Periuk

Cara masak ayam pansuh sarawak tanpa buluh ;





  1. Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan sampai mendidih.
  2. Masukkan serai yang telah di ketuk atau titik.
  3. Masuukan bawang putih, bawang merah yang telah siap di tumbuk
  4. Masukkan pula bunga kantan yang sudah di belah kepada empat bahagian.
  5. Seterusnya, masukkan ayam
  6. Masukkan pula pucuk ubi dan batang tepus.


Ayam Pansuh Sarawak Tanpa Buluh
Resepi Ayam Pansuh Sarawak Tanpa Buluh


Step akhir, masukkan dua kiub ayam serta garam secukup rasa. Biarkan sampai ayam pansuh masak dan empuk. Sekarang siap sedia untuk di makan bersama nasi putih. Cara buat ayam pansuh mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.