Venus Flytrap Malaysia Seeds For Sale Buy Price Tips Cara Menangkap Serangga.Siapa pernah tengok atau menanam pokok venus fly trap di rumah ? Dalam masyarakat malay, kebanyakkan panggil pokok ini sebagai pokok makan serangga. Ada juga sesetengah orang menggelarnya pokok dari neraka. Ini gara gara fizikal serta sifat pokok venus flytrap yang suka menangkap serangga seperti lalat, nyamuk, cengkerik, belalang dan sebagainya secara semula jadi yang agak mengerikan jika dilihat terus menggunakan dengan mata kasar. Harga venus flytrap di malaysia masih ditangga mampu milik. Semua orang mampu beli kot baik benih venus flytrap mahupun anak pokok venus flytrap yang berada di pasaran. Kalau rasa mahal sangat dan tidak mampu, mungkin boleh minta secara percuma dari kawan-kawan atau kenalan yang ada tanam pokok venus flytrap ini.
Bagaimana Cara Venus Flytrap Menangkap Serangga
Cara Venus Fly Trap Tangkap Serangga :
Pokok makan serangga mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu cekap dalam menangkap serangga perosak yang lalu atau memberi ancaman kepadanya. Dalam perangkap venus fly trap, terdapat bulu roma yang halus dimana jika ada mangsa yang singgah ianya akan tertutup. Kepantasan venus flytrap menangkap serangga adalah kurang lebih satu saat sahaja. Hal tersebut menyebabkan serangga pemusnah tidak sempat melarikan diri seterusnya mati kering. Jadi, kepada yang suka bertani elok sangatlah menanam tumbuhan venus flytrap agar tanaman di kebun dapat tumbuh dengan riangnya dan sihat. Bagus juga rasanya kalau para peniaga di pasar yang menjadi tumpuan lalat lalat sedunia bermesyuarat untuk secara muafakat tanam pokok ini bagi mengurangkan populasi lalat dan seterunya dapat menyediakan sumber bekalan makanan yang lebih bersih kepada pelanggan yang berkunjung tiba.Cuma yang menjadi sedikit masalah adalah tempoh penghadaman venus flytrap agak lama iaitu lebih kurang sepuluh hari. Pokok venus trap juga akan bertukar warna daripada hijau ke merah apabila sudah besar.
Cara Tanam Venus Flytrap Di Rumah
Cara menanam venus flytap sendiri :
- Sediakan biji benih venus flytrap.
- Letakkan pada tempat yang terdedah kepada cahaya matahari..
- Siram dengan air dua kali sehari. Kalau boleh guna air hujan sebab tiada klorin.
Cara Jaga Venus Flytrap
Cara jaga pokok venus fly trap tak susah pun. Letakkan sahaja di luar rumah dan siram dua kali sehari. Namun awas ya, jangan pandai pandai pergi kasi makan nasi ke apa ke pulak ye. Takut nanti mati pula pokok tu. Okeylah, sekian sahaja serba sedikit mengenai venus fly trap plant. Salam dan jumpa lagi di lain hari.
0 Comments