Resepi Aiskrim Paddle Pop Malaysia Yang Gebu Membuat Jadi Gebu Paling Mudah Viral. Selagi tempoh cuti sekolah tidak habis, selagi itu juga lah projek turunkan ilmu resipi masakan kepada anak-anak akan terus berjalan. Kali ini saya ajar anak anak cara buat aiskrim malaysia gebu guna blender. Ye la kan dalam sehari hampir dua hingga tiga empat kali penjual askrim lalu depan rumah dan setiap kali itu juga lah anak minta nak beli. Kalau tak beli ada menangis pulak. Jadinya untuk lebih berjimat cermat adalah lebih baik kami membuat aiskrim nya secara homemade. Bahan yang di gunakan pun bukan banyak sangat. Ada yang nak tau cara membuat aiskrim malaysia paddle pop? Jom saya kongsikan resepi aiskrim malaysia lembut dan gebu ;

Resepi Aiskrim Paddle Pop Homemade
Aiskrim Paddle Pop Homemade


Resepi Aiskrim Malaysia Gebu

Bahan untuk resepi aiskrim malaysia viral ;




  1. Satu tin susu cair
  2. Lapan sudu besar susu pekat
  3. Satu sudu besar ovelet
  4. Satu sudu kecil esen vanilla
  5. Satu biji telur
  6. Pewarna yang di gemari.










Cara Buat Aiskrim Paddle Pop Malaysia

Cara membuat aiskrim paddle pop homemade :

Cara Membuat Aiskrim Sendiri Di Rumah
Cara Buat Aiskrim Sendiri Di Rumah


  1. Masukkan semua bahan dalam mixer atau blender
  2. Pukul atau blend sampai kembang dan ringan
  3. Bahagiakan aadunan kepada beberapa bahagian
  4. Titik pewarna bagi setiap bahagian.
  5. Bagi korang nak dapatkan corak macam yang saya punya, selang selikan secara bertindih. Boleh tengok tutorial pada gambar.

Aiskrim Homemade Guna Blender
Resepi Aiskrim Homemade Guna Blender


Step akhir, simpan dalam peti ais pada bahagian sejuk beku selama lima hingga enam jam. Sekarang siap sedia untuk di makan. Cara buat aiskrim malaysia mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.