Resepi Gulai Daging Kelantan Sedap Buat Mudah Simple Asli Kawah Original. Majoriti orang kelantan paling suka makan gulai darat bersama nasi putih panas panas kerana rasa serta aromanya berbeza dengan kari biasa. Yang menarik gulai darat kelantan tak perlu menimis, kita hanya perlu satukan semua bahan kemudian renehkan hingga kuahnya pecah minyak. Ada yang nak tau cara buat gulai darat daging kelantan ? Jom saya kongsikan resepi gulai darat daging kelantan asli : 


Gulai Darat Daging Kelatan
Resepi Gulai Darat Daging Kelantan Sedap



Resepi Gulai Kawah Daging Kelantan

Bahan untuk resepi kari daging sedap :

Gulai Daging Kelantan
Resepi Gulai Daging Kelantan



Bahan A
  1. Satu kilogram daging ( potong dan cuci bersih )
  2. Serbuk Rempah Gulai Darat
  3. Satu kotak kecil santan ( 200 ml)
  4. Setengah keping gula melaka
  5. Asam keping
  6. Satusudu besar kerisik
  7. Garam
  8. Serbuk Perisa ( jika suka)


Cara Masak Gulai Darat Kelantan
Cara Buat Gulai Darat Kelantan


Bahan B : Blend

  1. Empat ulas bawang merah
  2. Satu sudu besar cili kering kisar
  3. Dua hingga tiga hiris lengkuas
  4. Satu inchi kunyut hidup
  5. Sat  inchi halia
  6. Setengah sudu ketumbar




Cara Masak Gulai Darat Kelantan

Cara masak gulai daging kelantan :



  1. Satukan yang kita kisar tadi bersama rempah gulai darat dan hirisan daging. 
  2. Masak atas dapur sampai daging agak kecut dan empuk.
  3. Seterusnya masukkan asam keping
  4. Selepas daging lembut, masukkan santan serta kacau rata.
  5. Masak sampai kuah sedikit terbit minyak.
  6. Masukkan garam, gula melaka, kerisik dan serbuk perasa jika suka.




Step akhir, kacau untuk kasi semua bahan mesra dan rasa sikit. Kalau sudah kena dengan selera boleh tutup api. Sekarang, hidangkan bersama nasi putih dan sedikit ulam ulaman atas meja makan bagi santapan ahli keluarga ataupun kepada tetamu yang hadir ke rumah. Cara buat gulai darat kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika ada masa terluang kita jumpa lagi di lain kali. Salam dan semoga berjaya.